Terkini
Isu premis judi: Perlu ada langkah susulan selepas haramkan lesen perniagaan
Mengharamkan perniagaan perjudian tanpa strategi susulan hanya akan menggalakkan aktiviti judi dalam pasaran gelap, demikian kata Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai Apek Cina.

- Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai Apek Cina membuat hantaran di Facebooknya semalam mendakwa pasaran gelap judi akan berleluasa jika tiada tindakan susulan dari kerajaan selepas mengharamkan perniagaan itu.
- “Kalau nak membasmi gejala judi, kerajaan harus; pertama, perkasakan penguatkuasaan, kedua, tingkatkan kualiti kehidupan supaya rakyat enjoy benda faedah daripada judi, ketiga, melalui pendidikan,” katanya.
- Meskipun perniagaan judi seperti nombor ramalan menyasarkan pelanggan dari kalangan bukan Islam, namun ramai orang Islam yang turut membeli nombor itu.
- Apek cina berkata dia juga sangat membenci perjudian dan menganggap perkara itu merosakkan masyarakat berdasarkan pengalaman sendiri.
Mengharamkan perniagaan perjudian tanpa strategi susulan hanya akan menggalakkan aktiviti judi dalam pasaran gelap, demikian kata Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai Apek Cina.
Dia yang menyokong penguatkuasaan pengharaman lesen judi itu turut mencadangkan tiga langkah susulan kepada kerajaan.
“Kalau nak membasmi gejala judi, kerajaan harus; pertama, perkasakan penguatkuasaan, kedua, tingkatkan kualiti kehidupan supaya rakyat enjoy benda faedah daripada judi, ketiga, melalui pendidikan,” katanya dalam hantaran Facebook semalam.
Beliau turut mengingatkan beberapa contoh amalan judi yang biasa berlaku dalam masyarakat, namun ramai belum menyedarinya.
“Adik beradik tengok bola, satu beli Argentina, satu beli Perancis. Yang kalah bayar yang menang RM1000, – ini adalah judi.
“Pergi rumah kawan, main card dengan duit – ini pun judi.
“Dalam Sekolah rendah, Ah Beng dan Ah Seng bertaruh RM 2, kalau Siew Lee beli roti sebagai sarapan pagi, Ah Ben menang. Kalau beli lain, Ah Seng menang RM 2 itu. Ini pun judi,” katanya.
Dalam pada itu, Tai Zee How turut mendakwa meskipun perniagaan judi seperti nombor ramalan menyasarkan pelanggan dari kalangan bukan Islam, namun ramai orang Islam yang turut membeli nombor itu.
Ini berikutan terdapat beberapa anak guamnya yang didakwa di bawah Akta Rumah Judi Terbuka adalah dari kalangan orang Islam.
Apek cina berkata dia sangat membenci perjudian dan menganggap perkara itu merosakkan masyarakat berdasarkan pengalamannya sendiri.
“Malangnya bapa saya adalah mangsa judi atuk saya. Tiap kali dengar cerita lama bapa dan nenek saya, sakit hati.
“Judi itu adalah teruk dan merosakkan masyarakat.
“Siapa yang datang cakap sama saya sokong judi, saya akan bantai mulut habis habisan,” katanya. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Ulasan Apek Cina
