Connect with us

Terkini

Sungai Buloh perlu tawaran baru untuk selesai isu orang bandar – KJ

Calon BN Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Khamis menjelaskan mengapa beliau bertanding di kawasan berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sungai Buloh perlu tawaran baru untuk selesai isu orang bandar - KJ
Foto: Calon BN Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
  • Calon BN Sungai Buloh itu berkata, ia bukan semata-mata beliau merupakan Menteri Kesihatan dan di kawasan berkenaan mempunyai Hospital Sungai Buloh. 
  • Menurutnya, dia sudah melakukan terbaik selama tiga penggal menjadi wakil rakyat di Rembau.
  • Jelas KJ, jika BN mahu berubah menjadi lebih baik, mesti berani berkhidmat di kawasan bandar kerana di sana kehidupan adalah mencabar dengan pelbagai isu. 
  • “Ini bukan menidakkan pembangunan di kawasan luar bandar atau pedalaman. Itu tetap sangat penting tapi jangan kita anggap semua yang duduk di bandar ini senang,” jelasnya. 
  • “Sungai Buloh adalah kawasan yang memerlukan tawaran baru untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh orang bandar,” katanya.

SHAH ALAM – Calon BN Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Khamis menjelaskan mengapa beliau bertanding di kawasan berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Katanya, ia bukan semata-mata beliau merupakan Menteri Kesihatan dan di kawasan berkenaan mempunyai Hospital Sungai Buloh. 

“Itu bukan satu-satunya sebab saya datang ke Sungai Buloh. Saya dah tiga penggal menjadi wakil rakyat di Rembau. Rembau ini ada kawasan kampung dan juga kawasan pinggiran bandar. 

“Saya telah buat yang terbaik untuk membangunkan Rembau. Terima kasih kepada semua pengundi Rembau atas sokongan anda,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman media sosialnya.

Khairy turut menjelaskan bahawa beliau melihat trend masa depan Malaysia semakin ramai rakyat negara ini yang tinggal di kawasan bandar dan berhijrah dari kawasan kampung seperti Rembau. 

Tegasnya, pada masa ini Malaysia telah mencapai 77 peratus kadar urbanisasi di samping menyedari, kawasan bandar BN tidak menjadi pilihan pengundi. 

“Jika BN mahu berubah ke arah yang lebih baik, kita mesti berani untuk menawarkan khidmat kita di kawasan bandar. Kita tidak boleh hanya menjadi wakil rakyat luar bandar di Malaysia, kita perlu menjadi wakil kepada semua Malaysia dan beranikan diri untuk menawarkan khidmat kita di bandar.

“Bila kita mewakili orang bandar, polisi kita juga akan akan lebih mengambil kira isu yang dihadapi oleh majoriti rakyat Malaysia iaitu penduduk kawasan-kawasan bandar. 

“Ini bukan menidakkan pembangunan di kawasan luar bandar atau pedalaman. Itu tetap sangat penting tapi jangan kita anggap semua yang duduk di bandar ini senang,” jelasnya. 

Ujar Khairy, kehidupan di bandar adalah amat mencabar dengan pelbagai isu seperti kos sara hidup, perumahan, akses ke klinik kesihatan, kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam, banjir kilat dan isu alam sekitar. 

Menurutnya, satu cadangan penyelesaian akan diberikan olehnya mengenai perkara itu dalam sebuah Manifesto Sungai Buloh yang diumumkan olehnya beberapa hari lagi. 

“Setelah saya jaga kawasan kampung selama tiga penggal, saya bersedia dengan cabaran baru. Saya mahu datang ke bandar dan berjuang untuk anda. 

“Sungai Buloh adalah kawasan yang memerlukan tawaran baru untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh orang bandar,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *