Terkini
Kutuk PAS, Wan Fayhsal mohon maaf
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, membuat permohonan maaf kepada semua ahli PAS kerana menggunakan kata-kata kurang sopan terhadap parti itu dalam hantaran di media sosial.

- Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membuat permohonan maaf kepada semua ahli PAS berkenaan ciapan kurang sopannya di Twitter pada 2018 yang tular semula, semalam.
- “Pertamanya, saya ingin meminta maaf kepada semua ahli Parti Islam Se-Malaysia kerana telah menggunakan kata-kata yang kurang sopan.
- “Saya amat kesali perkara ini, dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
- Ujarnya, akan terus bersama PAS dan PN untuk memperjuangkan keadilan untuk rakyat Kelantan dan Malaysia mengikut syariat Islam.
- “Segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk adalah dari diri saya sendiri,” ujarnya lagi,” katanya yang akan bertanding mewakili Bersatu bertanding di Parlimen Machang pada PRU15.
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, membuat permohonan maaf kepada semua ahli PAS kerana menggunakan kata-kata kurang sopan terhadap parti itu dalam hantaran di media sosial.
Permohonan maaf tersebut dibuat susulan ciapan beliau di Twitter sekitar tahun 2018 mengutuk pemimpin PAS, tular sejak semalam.
“Beberapa ciapan lama saya di Twitter digunakan untuk menyerang saya.
“Pertamanya, saya ingin meminta maaf kepada semua ahli Parti Islam Se-Malaysia kerana telah menggunakan kata-kata yang kurang sopan.
“Saya amat kesali perkara ini, dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Wan Ahmad Fayhsal berkata, PAS sebagai wadah perjuangan Islam dalam Perikatan Nasional (PN) telah membuktikan komitmen terhadap pemerintahan prihatin, bersih dan stabil di bawah prinsip amal makruf, nahi munkar.
“Saya akan terus bersama dengan PN dan PAS untuk memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat Kelantan dan Malaysia, menurut tuntutan Islam.
“Segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk adalah dari diri saya sendiri,” ujarnya lagi.
Rabu lalu, pengisytiharan calon PN Kelantan menyaksikan PN menampilkan enam muka baharu.
Daripada jumlah itu, empat muka baharu adalah daripada Bersatu manakala dua lagi daripada PAS. Antaranya adalah Wan Ahmad Fayhsal mewakili Bersatu bertanding di Parlimen Machang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sumber: Malaysia Post
