Connect with us

Terkini

Isu hak milik tanah 999 tahun tidak berbangkit -MB Perak

Tuntutan mengenai hak milik tanah 999 tahun untuk kampung baharu di Perak tidak berbangkit dalam syarat pembentukan kerajaan perpaduan di negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Isu hak milik tanah 999 tahun tidak berbangkit -MB Perak
Foto: Datuk Seri Saarani Mohamad.
  • Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tuntutan hak milik tanah 999 tahun tidak berbangkit dalam syarat pembentukan kerajaan perpaduan Perak.
  • Saarani berkata, kerajaan negeri berpegang kepada Perlembagaan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Kanun Tanah Negara 1965 dalam perkara berkenaan.
  • Tambahnya, kesepakatan antara BN dengan PH memudahkan pembentukan kerajaan Perak berbanding di peringkat Persekutuan.
  • “Apabila sudah dimuktamadkan, kita fokus untuk bangunkan negeri dan jalan terus dengan mesyuarat EXCO pertama,” kata Saarani.

 

IPOH: Tuntutan mengenai hak milik tanah 999 tahun untuk kampung baharu di Perak tidak berbangkit dalam syarat pembentukan kerajaan perpaduan di negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

“Tiada. Tidak pernah ada apa-apa tuntutan itu berlaku,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Beliau mengulas maklumat WhatsApp yang tular kononnya Pakatan Harapan (PH) bersetuju menerima syarat Barisan Nasional (BN) untuk diberikan jawatan Menteri Besar, Speaker dan tiga EXCO jika PH menggugurkan tuntutan hak milik tanah itu.

Saarani berkata, kerajaan negeri berpegang kepada Perlembagaan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Kanun Tanah Negara 1965 dalam perkara berkenaan.

Ditanya mengenai kenyataan Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa wujud perjanjian antara BN dengan PH bagi membentuk kerajaan negeri, Saarani berkata ia berkaitan agihan peranan.

PH dan BN bersetuju menjalin kerjasama membentuk kerajaan negeri selepas masing-masing mendapat 24 serta sembilan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi.

Sementara itu, Saarani berkata, kesepakatan antara BN dengan PH memudahkan pembentukan kerajaan Perak berbanding di peringkat Persekutuan.

“Apabila sudah dimuktamadkan, kita fokus untuk bangunkan negeri dan tidak boleh ditangguhkan. Kita terus dengan mesyuarat EXCO pertama. Kita kena jalan terus.

“Berbeza di pusat, ada beberapa parti lain seperti Parti Warisan (WARISAN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tetapi di Perak kita ada BN, PH dan PN. Jadi dengan mudah kita boleh buat keputusan,” katanya. – BERNAMA

 

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *