Antarabangsa
Rishi Sunak bakal Perdana Menteri UK
Rishi Sunak akan menjadi Perdana Menteri United Kingdom (UK) terbaharu selepas peletakan jawatan Liz Truss sebagai perdana menteri minggu lalu, demikian lapor CBS News.

- Rishi Sunak bakal menjadi Perdana Menteri Britain terbaharu susulan peletakan jawatan Lizz Truss minggu lalu.
- Beliau yang baru berusia 42 tahun akan menjadi Perdana Menteri termuda di negara itu sejak 1812.
- Rishi Sunak adalah penganut Hindu dan lelaki bukan kulit putih pertama bakal berkhidmat sebagai Perdana Menteri UK.
- Ramai rakyat Britain berharap kelayakan ekonomi Rishi Sunak dapat membantu menstabilkan kejatuhan nilai pound dan menangani inflasi dan kadar faedah yang melambung tinggi di UK.
LONDON – Rishi Sunak akan menjadi Perdana Menteri United Kingdom (UK) terbaharu selepas peletakan jawatan Liz Truss sebagai perdana menteri minggu lalu, demikian lapor CBS News.
Bekas Ketua Perbendaharaan UK berusia 42 tahun itu akan menjadi perdana menteri ketiga negara itu dalam tempoh kurang dua bulan dan merupakan perdana menteri termuda sejak 1812.
Beliau juga individu bukan kulit putih pertama yang bakal memegang jawatan penting itu. Sunak berketurunan India dan beragama Hindu.
“Saya berikrar bahawa saya akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti dan rendah hati.
“Ia adalah keistimewaan terbesar dalam hidup saya kerana dapat berkhidmat kepada parti yang saya cintai dan memberi sumbangan kepada negara,” kata Sunak di ibu pejabat Parti Konservatif Britain semalam.
Sunak, yang pernah bekerja dalam bidang kewangan bersama isterinya, pewaris teknologi Akshata Murty itu merupakan salah seorang individu terkaya di UK.
Beliau berkhidmat sebagai setiausaha perbendaharaan di bawah Boris Johnson dan ramai ahli parlimen Konservatif.
Susulan itu, ramai rakyat Britain berharap kelayakan ekonominya dapat membantu menstabilkan kejatuhan pound dan menangani inflasi dan kadar faedah yang melambung tinggi.
Beliau adalah pengkritik lantang terhadap rancangan ekonomi yang menumpukan pemotongan cukai dilaksanakan di bawah Truss beberapa minggu lalu yang menyebabkan gelombang kejutan melalui pasaran antarabangsa, sekali gus menghakis keyakinan pelabur terhadap UK.
Sumber: CBS News
