Antarabangsa
Hanya satu peratus penglibatan Muslim dalam Hollywood
Aktivis Pakistan dan Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Malala Yousafzai mengatakan bahawa terdapat kekurangan daripada perwakilan Muslim dalam filem-filem Hollywood.
- Malala Yousafzai mengatakan bahawa terdapat kekurangan daripada perwakilan Muslim dalam filem-filem Hollywood.
- Walaupun umat Islam membentuk 25 peratus daripada populasi dunia, namun hanya satu peratus penglibatan Muslim dalam siri televisyen (TV) popular.
- Beliau berkata kerja-kerja aktivisme tidak sekadar NGO
- Penonton sepatutnya boleh menonton rancangan yang dibuat oleh orang kulit berwarna dan Muslim.
DUBAI – Aktivis Pakistan dan Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Malala Yousafzai mengatakan bahawa terdapat kekurangan daripada perwakilan Muslim dalam filem-filem Hollywood.
Beliau berucap ketika menghadiri acara Variety, Power of Women yang berlangsung di United States (US) baru-baru ini.
Yousafzai berkata “saya telah melakukan kerja-kerja aktivisme lebih daripada sedekad sehingga sekarang, dan saya menyedari bahawa kita tidak seharusnya terhadkan kerja aktivisme kepada pertubuhan bukan kerajaan, (NGO) sahaja. Mengubah fikiran dan perspektif masyarakat juga perlu diusahakan,”.
Wanita berusia 25 tahun itu, yang baru memegang jawatan sebagai penerbit kandungan menegaskan walaupun umat Islam membentuk 25 peratus daripada populasi dunia, namun hanya satu peratus penglibatan Muslim dalam siri televisyen (TV) popular.
“Anda sering didedahkan dalam Hollywood, secara tersirat atau eksplisit, bahawa watak-watak itu terlalu muda, terlalu coklat, atau terlalu Islam, serta terhad kepada penglibatan satu-satu warna sahaja.Pemahaman ini perlu diubah.
“Saya seorang wanita, seorang Muslim, seorang Pashtun, seorang Pakistan, dan seorang yang berwarna, dan saya menonton ‘Succession,’ ‘Ted Lasso,’ dan ‘Severance,’ di mana ketuanya adalah orang kulit putih dan kebanyakan watak yang dipegang adalah lelaki kulit putih.
“Jika kita boleh menonton rancangan seperti itu, maka saya fikir penonton sepatutnya boleh menonton rancangan yang dibuat oleh orang kulit berwarna, dihasilkan dan diarahkan oleh orang kulit berwarna, dengan orang kulit berwarna sebagai peneraju. ‘That is possible’ dan saya akan merealisasikannya,” kata Yousafzai.
Sumber: Arab News