Connect with us

Antarabangsa

Tidak mahu penghantar makanan Muslim, pengguna Swiggy dari Hyderabad, India, dikecam

Baru-baru ini tular di Twitter berhubung seorang pengguna dari Hyderabad di sebuah aplikasi penghantaran makanan, Swiggy, yang tidak mahu makanannya dihantar individu Muslim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tidak mahu penghantar makanan Muslim, pengguna Swiggy dari Hyderabad, India, dikecam
Foto: Tangkap layar pesanan kontroversi itu.
  • Tular di laman sosial Twitter mengenai dakwaan seorang pelanggan dari Hyderabad, India, yang tidak mahu penghantar makanan muslim menghantar makanannya melalui aplikasi penghantaran makanan, Swiggy. 
  • Perkara itu mendapat kecaman dan mencetuskan kemarahan ramai di media sosial dengan ada pihak yang menyifatkan tindakan itu mempunyai unsur ketaksuban.
  • “Kami (pekerja penghantar makanan) menghantar makanan untuk semua, sama ada Hindu, Islam, Kristian, Sikh, agama tidak mengajar permusuhan antara satu sama lain,” kata Ketua Organisasi Pekerja dalam Ekonomi Gig, Shaik Salauddin.

NEW DELHI – Baru-baru ini tular di Twitter berhubung seorang pengguna dari Hyderabad di sebuah aplikasi penghantaran makanan, Swiggy, yang tidak mahu makanannya dihantar individu Muslim.

Perkara itu mendapat kecaman dan mencetuskan kemarahan ramai di media sosial dengan ada pihak yang menyifatkan tindakan itu mempunyai unsur ketaksuban.

Berkongsi tangkap layar pesanan kontroversi itu, Ketua Organisasi Pekerja dalam Ekonomi Gig, Shaik Salauddin menggesa platform penghantaran makanan itu mengambil tindakan tegas dan tetap dengan pendirian bahawa penghantar makanan akan menjalankan tugasnya tanpa mengira latar belakang pelanggan.

“Dear @Swiggy, tolong ambil tindakan terhadap permintaan yang boleh menimbulkan ketaksuban. Kami (pekerja penghantar makanan) menghantar makanan untuk semua , sama ada Hindu, Islam, Kristian, Sikh @Swiggy @TGPWU, agama tidak mengajar permusuhan antara satu sama lain,” kata Shaik Salauddin dalam ciapan Twitter dipetik NDTV.

Bagaimanapun, Swiggy masih belum memberi maklum balas berhubung tindakan kontroversi itu. 

Ahli Parlimen Kongres dari Karnataka, Karti Chidambaram berkata, “syarikat platform tidak boleh berdiam diri dan melihat pekerja gig menghadapi ketaksuban yang terang-terangan atas nama agama. Apakah tindakan yang akan diambil oleh syarikat tersebut untuk menjaga hak pekerja gig?,” katanya dalam ciapan Twitter. 

Sumber: NDTV

Author