Connect with us

Antarabangsa

Persatuan Gereja Anglikan Selatan Global (GSFA) tidak menyokong kahwin sesama jenis di Persidangan Lambeth 2022

Ketua Persatuan Anglikan cuba untuk mengukuhkan pendirian mereka terhadap perkahwinan sesama jenis, namun cubaan itu tidak dipersetujui beberapa bishop lain.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Persatuan Gereja Anglikan Selatan Global
  • Persatuan Gereja Anglikan Selatan Global (GSFA) hadir ke persidangan Lambeth 2022 bersama agenda menentang perkahwinan sesama jenis.
  • “Kita mungkin boleh ‘berkumpul bersama’, namun jelas sekali kita tidak boleh ‘berjalan bersama’,” kata Justin Badi, bishop dari Sudan Selatan.

Ketua Persatuan Anglikan cuba untuk mengukuhkan pendirian mereka terhadap perkahwinan sesama jenis, namun cubaan itu tidak dipersetujui beberapa bishop lain.

Kontroversi itu tercetus ketika Persidangan Lambeth 2022 iaitu persidangan yang jarang-jarang diadakan di mana para bishop dari seluruh dunia berkumpul.

Persatuan Gereja Anglikan Selatan Global (GSFA) — yang menganggap diri mereka sebagai “persatuan bishop anglikan ortodoks dalam kalangan persatuan anglikan seluruh dunia” turut hadir ke persidangan itu dengan agenda tegas menentang perkahwinan sesama jenis. 

“Kami selalu merasakan seolah-olah suara kami tidak didengari dan tidak dihormati,” kata Primate Sudan Selatan Rev. Justin Badi kepada The Church Times dipetik Fox News semalam.

“Hari ini di Canterbury, kita mungkin boleh ‘berkumpul bersama’ tetapi jelas sekali kita tidak boleh ‘berjalan bersama’ sehingga prinsip yang bertentangan dengan kitab suci dan persetujuan para bishop kembali kepada ortodoks dan bertaubat,” kata Justin Badi.

Sumber: Fox News

 

Author