Terkini
Najib dipenjara, netizen buat perbandingan reaksi penyokong Anwar dan ‘bossku’
Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara dan denda ke atas Datuk Seri Najib Razak berhubung dana penyelewengan SRC International Sdn Bhd, pelbagai reaksi diterima daripada penyokong pemimpin politik itu termasuk penyokong parti pembangkang.

- Hasil tinjauan The Merdeka Times di platform media sosial rata-rata penyokong warga maya berkongsi pelbagai reaksi susulan hukuman penjara yang disabitkan terhadap Datuk Seri Najib Razak.
- Pemilik akaun Twitter @DonDanial20 berkata “Penyokong UMNO kat twitter relax je boleh terima keputusan mahkamah jatuhkan hukuman kat Najib Razak.
“Beza masa Anwar Ibrahim kena jatuh hukum.
“Hakim puppet kerajaan, hakim dihina, keluar #RakyatHakimNegara, berkumpul berlilin bagai depan penjara, persoal keadilan mahkamah,” katanya. - Netizen turut menyifatkan kenyataan Anwar Ibrahim yang tidak konsisten mengenai keputusan badan kehakiman sewaktu zaman beliau dipenjara dan selepas kes Najib disabit.
KUALA LUMPUR – Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara dan denda ke atas Datuk Seri Najib Razak berhubung dana penyelewengan SRC International Sdn Bhd, pelbagai reaksi diterima daripada penyokong pemimpin politik itu termasuk penyokong parti pembangkang.
Malah ada yang membandingkan reaksi penyokong sewaktu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dijatuhkan hukuman penjara pada 10 Februari 2015 yang didapati bersalah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Melalui tinjauan The Merdeka Times di media sosial, rata-rata reaksi penyokong UMNO berlapang dada dengan keputusan mahkamah yang menetapkan sabitan terhadap Najib.
Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu namun mereka akur dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan.
Melalui perkongsian pemilik akaun Twitter @HishamSohor “Sewajarnya najib razak berlapang dada terima hukuman, ingatlah setiap pemimpin tidak ada kesempurnaan ada lakukan kesilapan spt salah guna kuasa, ingatlah HANYA Allah shj yang amat sempurna kita hamba ciptaan Allah wajar berlapang dada ini lah yg Allah kehendaki Allah sebenarnya,” katanya.
Pemilik akaun Twitter @AlSarbini “Apapun kita doakan yg baik2 buat Dato Seri Najib Tun Razak.
“Keputusan dah dibuat oleh Mahkamah Tinggi semalam.
“Terima Kasih Dato Seri diatas segala nya sewaktu memimpin Malaysia,” katanya
Bagaimanapun ada juga yang bersetuju dan mendoakan Najib kekal dipenjara, melalui perkongsian Twitter @ikangorengpedss.
“Akhirnya masuk jugak mat sakau ke penjara, jasa beliau tidak patut dikenang sbb duit,
RM 4,000,000,000 KWAP hilang sbb angkara Najib. Duit ni bleh bantu banyak org Malaysia yg sangsara tpi dia guna utk beli barang2 sesuka hati. Kita doakan org mcm Najib akan kekal dipenjara,” katanya.
Manakala pemilik akaun @Akai berkongsi “Najib ke penjara akhirnya. Sambutan merdeka paling bermakna setelah sekian lama suram.Syukur & tq Hakim² yg bijaksana & tegas.Kemenangan buat semua yg mahukan ngr aman & bebas rasuah.Next: Zahid otw,” katanya.
Bagaimanapun setakat tinjauan TMT tiada lagi rusuhan atau gerakan tunjuk perasaan berlaku susulan keputusan mahkamah terhadap bekas perdana menteri itu.
Berbanding sewaktu Anwar dipenjara yang membawa kepada provokasi dan rusuhan daripada penyokongnya berkenaan keputusan Mahkamah.
Pemilik akaun Twitter @DonDanial20 berkata “Penyokong UMNO kat twitter relax je boleh terima keputusan mahkamah jatuhkan hukuman kat Najib Razak.
“Beza masa Anwar Ibrahim kena jatuh hukum.
“Hakim puppet kerajaan, hakim dihina, keluar #RakyatHakimNegara, berkumpul berlilin bagai depan penjara, persoal keadilan mahkamah,” katanya.
Sementara itu, melalui ciapan @rasli_kasim01, beliau berkongsi sebuah hantaran gambar beserta kapsyen ‘Setelah Najib dipenjara’.
Hantaran itu menyifatkan kenyataan Anwar Ibrahim yang tidak konsisten mengenai keputusan badan kehakiman sewaktu zaman beliau dipenjara dan selepas kes Najib disabit.
Penyokongnya juga turut melancarkan kempen ‘Rakyat Hakim Negara’ bagi menunjukkan solidariti kepada Anwar ketika beliau menghadapi pertuduhan kes liwat yang kedua.
Melalui ciapan pemilik akaun Twitter @Kontraktor_Anda, beliau berkongsi mengenai budaya politik Pakatan Harapan yang lebih teruk menghina mahkamah sehingga mencetuskan rusuhan.
Sebelum ini, menurut laporan Sinar Harian, Anwar memohon satu deklarasi bahawa sabitannya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ultra vires atau di luar kuasa Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak sah.
Menurut laporan Astro Awani, Anwar berkata rakyat memainkan peranan sebagai pemangkin untuk bangkit mempertahankan badan kehakiman yang bebas.
Gerakan Reformasi 1998 yang tercetus sebagai sebuah gerakan protes Anwar mengakibatkan beberapa acara tunjuk perasaan dan rusuhan besar-besaran di Kuala Lumpur susulan dakwaan kes liwat terhadap Anwar.
Gerakan itu juga menyaksikan beberapa pembentukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat dalam negara.
Terdahulu, bagi kes liwat pertama, Anwar dikatakan melakukan jenayah luar tabii iaitu meliwat individu warak yang rapat denganya Azizan Abu Bakar pada 1998.
Pada 2008, kes liwat kedua melibatkan bekas pembantu Anwar, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, yang membuat laporan polis mendakwa dia diliwat di sebuah kondominium di Damansara.
Untuk rekod, Anwar telah dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Saiful dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.
Pada 16 Mei 2018, Yang di Pertuan (YDP) Agong Sultan Muhammad V memberi pengampunan penuh tanpa sebarang syarat terhadap Anwar setelah melalui proses-proses pengampunan sekaligus menghapuskan kesalahan jenayah berkaitan kes liwat II.
