Terkini
MINDEF tidak layan 10 surat teguran projek LCS – Mantan Panglima TLDM
Mantan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar kesal apabila tegurannya mengenai tatacara perolehan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) tidak diendahkan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Boustead Naval Shipyard (BNS).

- Tan Sri Abdul Aziz yang ketika itu memegang jawatan sebagai Panglima TLDM mengemukakan sekurang-kurangnya 10 surat teguran dan rasa tidak puas hati serta pendirian TLDM berhubung isu berkenaan.
- “Kerana daripada awal lagi saya telah menegur tatacara perolehan. Daripada awal lagi. Saya telah menegur tatacara perolehan, saya kata something is gravely wrong (sesuatu yang salah).
- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara PAC juga mendapati terma kontrak projek itu lemah dan tidak memihak kepada kerajaan, sehingga bayaran kemajuan melebihi kemajuan kerja sebenar sebanyak 21.1 peratus.
- “Kerajaan membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan. Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima kapal LCS harus disiap dan diserahkan,” -PAC.
Kuala Lumpur: Mantan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar kesal apabila tegurannya mengenai tatacara perolehan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) tidak diendahkan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Boustead Naval Shipyard (BNS).
Memetik kenyataan,Tan Sri Abdul Aziz yang ketika itu memegang jawatan sebagai Panglima TLDM mengemukakan sekurang-kurangnya 10 surat teguran dan rasa tidak puas hati serta pendirian TLDM berhubung isu berkenaan.
Surat rasmi berkenaan diberikan kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Setiausaha Negara dan Perdana Menteri yang memegang jawatan pada ketika itu.
“Jadi surat-surat itu telah pun diarkibkan untuk memastikan ia tersedia untuk rujukan dan saya tidak akan dipersalahkan atas kegagalan menjalankan tugas sebagai Panglima Tentera Laut.
“Kerana daripada awal lagi saya telah menegur tatacara perolehan. Daripada awal lagi. Saya telah menegur tatacara perolehan, saya kata something is gravely wrong (sesuatu yang salah).
“Jadi, saya tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan ini di luar tapi ini adalah peluang terbaik saya untuk memaklumkan bahawa saya sudah merekodkan kekecewaan terbesar kepada semua orang yang sepatutnya mendengar apa diperkatakan,” katanya menerusi jawapan yang dikongsikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Laporan PAC mengenai perolehan LCS mendedahkan reka bentuk asal kapal tempur jenis SIGMA yang dipersetujui oleh Menteri Pertahanan pada Mei 2011.
Namun keputusan berubah kepada reka bentuk kapal jenis GOWIND atas cadangan syarikat BNS yang dibawa kepada Menteri Pertahanan pada 8 Julai 2011.
PAC juga mendapati terma kontrak projek itu lemah dan tidak memihak kepada kerajaan, sehingga bayaran kemajuan melebihi kemajuan kerja sebenar sebanyak 21.1 peratus.
Selain itu, Abdul Aziz turut memberikan analogi kepincangan projek LCS dengan menggambarkan keadaan pada ketika itu sesuatu yang pelik kerana perolehan dilakukan oleh kerajaan bagi TLDM sebagai pengguna tetapi kuasa sepenuhnya diberikan kepada BNS.
Tambahnya, BNS mengeluarkan kenyataan menyatakan semua pilihan TLDM adalah tertakluk kepada penilaian serta verifikasi mereka.
Semalam, Pengerusi PAC Wong Kah Woh dilaporkan berkata, kajian daya maju (due diligence) yang dilakukan oleh kerajaan terhadap syarikat BNS untuk pembinaan lima kapal LCS TLDM gagal mengesan masalah kewangan syarikat berkenaan.
Ia dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu.
Ia adalah antara sembilan rumusan yang diperolehi PAC menerusi prosiding berkaitan kontrak berkenaan yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat BNS secara rundingan terus.
“Kerajaan membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan. Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima kapal LCS harus disiap dan diserahkan,” katanya.
Beliau dilaporkan berkata, PAC juga mendapati pandangan TLDM selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam pelaksanaan projek itu.
Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata, beliau mengambil maklum laporan itu dan memberi kerjasama penuh ketika menghadiri prosiding serta proses siasatan yang dilakukan PAC.
Katanya, siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berjalan dan ini bermakna pihak yang terbabit salah laku dalam projek sebelum ini tidak akan terlepas begitu saja.
Katanya, PAC mengesyorkan SPRM mempercepatkan siasatan dan menyegerakan pendakwaan.
Pada 24 Januari lalu, SPRM dilaporkan menahan dua Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang terbabit dalam kontrak perolehan enam buah kapal LCS.
Mereka yang berusia 79 dan 49 tahun ditahan selepas hadir bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat SPRM.
Sumber : Harian Metro
Terkini
PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.

- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
- Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
- Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India.
KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
“Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya?
“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini.
“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.
Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.
Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini.
Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara.
“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal.
“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia.
“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China