Connect with us

Terkini

Media memanipulasi dan mengubah kenyataan kami – Tan Sri Shafee, peguam Najib

Tidak banyak yang dapat diperkatakan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berkait dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Wartawan TMT

Published

on

Media memanipulasi dan mengubah kenyataan kami - Tan Sri Shafee, peguam Najib
Foto: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
  • Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah enggan memberi sebarang komen.
  • “Anda memanipulasi dan mengubah kenyataan kami,” katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.
  • Ditanya tentang kesihatan Najib, dia menyuruh media mencari jawapan sendiri.
  • Manakala Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan suaminya Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan sihat.
  • Berlaku kekecohan pada waktu tengah hari di Lobi Mahkamah Tinggi apabila seorang lelaki misteri membuat bising di hadapan pengamal media sebelum dibawa keluar oleh pihak polis.

KUALA LUMPUR – Tidak banyak yang dapat diperkatakan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berkait dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Usai sesi perbicaraan, para pengamal media bertanya kepada Peguam Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengenai perbicaraan kes tersebut. Beliau menyatakan kebimbangannya bahawa media akan memanipulasi kenyataan yang dibuat oleh pasukannya.

“Anda memanipulasi dan mengubah kenyataan kami,” katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, ketika ditanya keadaan kesihatan Najib, Muhammad Shafee berkata media perlu mencari jawapan sendiri.

Namun begitu, Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan suaminya, Datuk Seri Najib Razak berada dalam keadaan sihat. Rosmah yang mengikuti perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bekas Perdana Menteri itu turut menyatakan tidak ada apa-apa yang mahu diperkatakan.

Rosmah yang memakai baju merah jambu juga berterima kasih kepada penyokong Najib yang hadir memberikan sokongan di mahkamah pada Khamis.

“Terima kasih banyak-banyak kerana datang beri sokongan,” ujar beliau.

Najib dilapor menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Pada Selasa, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Pada waktu tengah hari terdapat sedikit kekecohan berlaku apabila seorang lelaki misteri membuat bising di hadapan pengamal media di lobi Mahkamah Tinggi. Namun kemudian dia dibawa keluar oleh pihak polis.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tahanan rakyat Palestin Tebing Barat meningkat daripada 5,200 kepada 9,500 tahanan

Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.
  • Al Jazeera melaporkan jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding jumlah 5,200 penduduk Tebing Barat dipenjarakan sebelum insiden Israel melancarkan serangan ke atas Gaza.
  • Rakyat Palestin dilapor ditangkap kerana tindakan tidak berbahaya seperti menaikkan bendera Palestin atau siaran media sosial menyatakan empati terhadap mangsa serangan di Gaza.
  • Ramai ditahan di bawah “penahanan pentadbiran” (administrative detention), satu langkah digunakan Israel yang diwarisi daripada penjajah British yang menahan rakyat Palestin tanpa tuduhan atau proses perundangan selama-lamanya.
  • Rakyat Palestin dalam tahanan pentadbiran tidak dikongsi maklumat berkenaan situasi mereka, tidak diperjelaskan tuduhan ke atas mereka atau ‘bukti’ yang mengaitkan mereka.

Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.

Al Jazeera melaporkan jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding jumlah 5,200 penduduk Tebing Barat dipenjarakan sebelum insiden Israel melancarkan serangan ke atas Gaza.

Rakyat Palestin dilapor ditangkap kerana tindakan tidak berbahaya seperti menaikkan bendera Palestin atau siaran media sosial menyatakan empati terhadap mangsa serangan di Gaza.

Ramai ditahan di bawah “penahanan pentadbiran” (administrative detention), satu langkah digunakan Israel yang diwarisi daripada penjajah British yang menahan rakyat Palestin tanpa tuduhan atau proses perundangan selama-lamanya.

Rakyat Palestin dalam tahanan pentadbiran tidak dikongsi maklumat berkenaan situasi mereka, tidak diperjelaskan tuduhan ke atas mereka atau ‘bukti’ yang mengaitkan mereka.

Mereka yang ditangkap dan ditahan semula selepas 7 Oktober tahun lalu dikenakan layanan lebih tidak berperikemanusiaan daripada apa yang dihadapi penduduk Palestin di penjara Israel pada masa lalu.

Warga Palestin yang pernah ditahan di bawah tahanan pentadbiran, Nada, 24, memberitahu Al Jazeera pengalamannya.

Beliau berdepan situasi sama teruk dalam penahanan kali keduanya. Matanya ditutup untuk tempoh yang lama setiap hari, dihalang daripada ke tandas atau mandi oleh pengawal yang akan bertindak menghinanya, dan memberikan gelaran kepadanya seperti “anjing”.

“Mereka tidak melayan kamu seperti manusia di dalam penjara. Mereka melayan kamu seperti haiwan,” kata Nada. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending