Terkini
Kes Loh Siew Hong: Pendakwah saman ahli politik DAP Dr P Ramasamy dan YB Satees Muniandy masing-masing RM5 juta
Seorang pendakwah, ustazah Nazirah Nantha Kumari, menyaman Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy dan ADUN DAP Bagan Dalam, YB Satees Muniandy bernilai lima juta ringgit setiap seorang.
- Ustazah Nazirah Nantha Kumari, menyaman dua ahli politik sejumlah lima juta ringgit setiap seorang.
- Tindakan diambil susulan dari hantaran Facebook yang dibuat oleh kedua-dua ahli politik itu terhadap ustazah Nazirah.
- Ustazah Nazirah pula dituduh membantu Nagahswaran menculik tiga orang anaknya.
- Ustazah Nazirah dianggap sebagai seorang Muslim yang menipu orang awam bagi membawa mereka untuk menganut agama Islam.
KUALA LUMPUR – Seorang pendakwah, ustazah Nazirah Nantha Kumari, menyaman Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy dan ADUN DAP Bagan Dalam, YB Satees Muniandy bernilai lima juta ringgit setiap seorang.
Tindakan itu diambil susulan beberapa kenyataan fitnah berkenaan kes Loh Siew Hong di media sosial yang dibuat oleh dua orang ahli politik sehingga menyebabkan ustazah Nazirah berdepan beberapa masalah termasuk kebencian ramai (public odium).
Loh Siew Hong sebelum ini menentang tindakan bekas suaminya, M Nagahswaran yang bertindak mendaftarkan ketiga-tiga anak mereka sebagai mualaf tanpa keizinannya. Pada bulan Mac lalu, Siew Hong memohon agar suaminya diambil tindakan undang-undang atas perbuatannya itu.
Loh Siew Hong sebelum ini telah mendakwa dirinya telah dinafikan hak untuk berjumpa dengan anak-anaknya. Dia juga ada membuat aduan dan meminta bantuan daripada seorang ahli politik, David Marshel, dalam proses mencari anak-anaknya selama tiga tahun seperti yang didakwanya.
Ustazah Nazirah pula dituduh membantu Nagahswaran menculik tiga orang anaknya serta mempengaruhi minda mereka untuk memeluk agama Islam. Ustazah Nazirah juga didakwa mengabaikan hak jagaan Siew Hong selepas bekas suaminya masuk penjara menurut hantaran Facebook YB Satees.
Berdasarkan penulisan Dr P Ramasamy, ustazah Nazirah digambarkan sebagai seorang mualaf yang memaksa kanak-kanak bawah umur untuk menganut agama Islam.
Semua tuduhan yang dilemparkan kepada ustazah Nazirah ini menyebabkan beliau dipandang hina oleh masyarakat Islam dan bukan Islam. Difahamkan bahawa keselamatan beliau juga kini sudah terancam.
Ustazah Nazirah merupakan seorang eksekutif kanan dakwah di ‘Hidayah Centre Foundation’ dan beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya iaitu menguruskan kebajikan bagi saudara yang baru menganuti agama Islam.
Dalam isu ini, ustazah Nazirah diamanahkan oleh Nagahswaran untuk menjaga ketiga-tiga orang anaknya itu. Menggalas amanah yang diberi, ustazah Nazirah telah membelanjakan kos lebih 10 ribu ringgit untuk yuran pengajian ketiga-tiga anak itu.
Selain wang simpanannya sendiri, ustazah Nazirah juga menerima bantuan dari rakan-rakannya yang lain.
Sumber: FB Satees