Terkini
Kes Loh Siew Hong: permohonan interlokutori pendakwah saman ADUN DAP didengari hari ini
Pendengaran bagi permohonan interlokutori di dalam prosiding saman fitnah melibatkan pendakwah, Nazirah Nantha Kumari ke atas ADUN DAP Bagan Dalam, Satees a/ Muniandy, telah ditetapkan hari ini.
- Pendengaran bagi permohonan interlokutori di dalam prosiding saman fitnah melibatkan pendakwah, Nazirah Nantha Kumari ke atas ADUN DAP Bagan Dalam, Satees a/ Muniandy, ditetapkan hari ini.
- Satees Muniandy diwakili Tetuan SS Thind manakala Nazirah diwakili Tetuan Syahidah Sharul dan Marsyara yang juga merupakan wakil daripada bahagian undang-undang NGO Islam, Multiracial Reverted Muslims (MRM).
- Pada 3 Ogos lalu, Nazirah selaku plaintif memfailkan saman terhadap Dr P Ramasamy dan Satees Muniandy bernilai lima juta ringgit setiap seorang.
- Tindakan itu diambil susulan beberapa kenyataan fitnah berkenaan kes Loh Siew Hong di media sosial yang dibuat oleh dua orang ahli politik tersebut sehingga menyebabkan Nazirah berdepan beberapa masalah termasuk kebencian ramai (public odium).
KUALA LUMPUR – Pendengaran bagi permohonan interlokutori di dalam prosiding saman fitnah melibatkan pendakwah, Nazirah Nantha Kumari ke atas ADUN DAP Bagan Dalam, Satees a/ Muniandy, telah ditetapkan hari ini.
Satees Muniandy diwakili Tetuan SS Thind manakala Nazirah diwakili Tetuan Syahidah Sharul dan Marsyara yang juga merupakan wakil daripada bahagian undang-undang NGO Islam, Multiracial Reverted Muslims (MRM).
Sementara itu, perbicaraan kes saman terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy turut akan diadakan di Mahkamah Tinggi Alor Setar, pada 6 Februari ini, di mana Nazirah akan diwakili peguam yang sama.
Pada 3 Ogos lalu, Nazirah selaku plaintif memfailkan saman terhadap Dr P Ramasamy dan Satees Muniandy bernilai lima juta ringgit setiap seorang.
Tindakan itu diambil susulan beberapa kenyataan fitnah berkenaan kes Loh Siew Hong di media sosial yang dibuat dua orang ahli politik tersebut sehingga menyebabkan plaintif berdepan beberapa masalah termasuk kebencian ramai (public odium).
Sebelum ini, Loh Siew Hong menentang tindakan bekas suaminya, Muhammad Nagahswaran Muniandy yang bertindak mendaftarkan ketiga-tiga anak mereka sebagai mualaf tanpa keizinannya berikutan itu beliau memohon suaminya diambil tindakan undang-undang atas perbuatan itu, pada Mac lalu.
Loh Siew Hong turut mendakwa dirinya dinafikan hak untuk berjumpa dengan anak-anaknya.
Dia juga membuat aduan dan meminta bantuan daripada seorang ahli politik, David Marshel, dalam proses mencari anak-anaknya selama tiga tahun seperti didakwanya.
Nazirah pula dituduh membantu Nagahswaran menculik tiga orang anaknya serta mempengaruhi minda mereka untuk memeluk agama Islam selain didakwa mengabaikan hak jagaan Siew Hong selepas bekas suaminya masuk penjara menurut hantaran Facebook Satees.
Berdasarkan penulisan Dr P Ramasamy, Nazirah digambarkan sebagai seorang mualaf yang memaksa kanak-kanak bawah umur untuk menganut agama Islam.
Semua tuduhan yang dilemparkan kepada Nazirah ini menyebabkan beliau dipandang hina oleh masyarakat Islam dan bukan Islam malah difahamkan bahawa keselamatan beliau juga terancam akibat kenyataan demikian.
Nazirah merupakan seorang eksekutif kanan dakwah di ‘Hidayah Centre Foundation’ dan beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya iaitu menguruskan kebajikan bagi saudara yang baru menganuti agama Islam.
Dalam isu ini, Nazirah diamanahkan Nagahswaran untuk menjaga ketiga-tiga orang anaknya itu.
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times