Connect with us

Terkini

Wujud ketidakpatuhan prosedur dalam penahanan Nagahswaran, bekas suami Loh Siew Hong – Ketua Hakim Negara

Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan Nagahswaran Muniandy dengan serta-merta kerana didapati wujud ketidakpatuhan prosedur di dalam penahanan dia atas dakwaan mengedar dadah, pada dua tahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Wujud ketidakpatuhan prosedur dalam penahanan Nagahswaran, bekas suami Loh Siew Hong - Ketua Hakim Negara
  • Nagahswaran Muniandy serta-merta dibebaskan selepas ditahan dua tahun lalu atas dakwaan mengedar dadah.
  • Dia ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Machang tanpa bicara di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.
  • Ketua Hakim Negara Tengku Maimum Tuan Mat yang mempengerusikan perbicaraan mengatakan wujud ketidakpatuhan prosedur dalam penahanan Nagahswaran dan mengarahkan Nagahswaran dilepaskan serta-merta.
  • “Dalam tempoh penahanan, Nagahswaran berterusan menafikan bahawa dia terlibat dalam kesalahan tersebut, “ – Peguambela dan Peguamcara.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan Nagahswaran Muniandy dengan serta-merta kerana didapati wujud ketidakpatuhan prosedur di dalam penahanan dia atas dakwaan mengedar dadah, pada dua tahun lalu.

Nagahswaran sebelum ini  terpalit dengan konflik bekas isterinya Loh Siew Hong yang mendakwa beliau telah melarikan tiga anak mereka dan menukar agama mereka tanpa pengetahuan dan kebenaran Loh.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimum Tuan Mat yang mempengerusikan perbicaraan tersebut mengatakan bahawa wujud ketidakpatuhan prosedur di dalam penahanan Nagahswaran dan beliau telah mengarahkan Nagahswaran dilepaskan serta-merta.

Ketidakpatuhan prosedur disini bermaksud dalam penahanan Nagahswaran terdapat kecacatan/kesilapan daripada pihak berkuasa, dan atas sebab itu beliau dibebaskan pada hari ini.

Nagahswaran dan Firdaus Wong.

Nagahswaran dan Firdaus Wong.

Sebelum ini, Nagahswaran telah ditahan selama dua tahun di Pusat Pemulihan Akhlak Machang tanpa bicara di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

Peguambela dan Peguamcara, Jay Moy Wei Jiun yang mewakili Nagahswaran menjelaskan menerusi akta tersebut, anak guamannya ditahan pada 21 September 2020 berdasarkan wujud individu-individu yang telah memberikan maklumat kepada pihak polis bahawa Nagahswaran terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Bila ditangkap di bawah akta ini dia tidak akan dituduh di mahkamah sebaliknya akan disiasat di bawah akta ini sama ada dia terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dengan sekumpulan besar orang.

Jadi selepas siasatan pihak polis dalam tempoh 60 hari, pihak Kementerian Dalam Negeri telah keluarkan perintah tahanan selama 2 tahun ke atas Nagahswaran tanpa bicara.

Advertisement

Akta tersebut digunakan pihak polis untuk membuat tangkapan dan siasatan di mana tidak ada bukti pengedaran tersebut. Maksudnya tiada penangkapan bersama dadah. 

Sebaliknya ia berdasarkan kepada fakta bahawa ada individu-individu yang telah memberikan maklumat kepada pihak polis bahawa Nagahswaran terlibat dalam aktiviti pengedaran,” katanya yang telah memfailkan  permohonan Habeas Corpus di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan pembebasan Nagahswaran di atas isu sama ada terdapat ketidakpatuhan prosedur dalam penahanan anak guamannya. 

Jay turut menjelaskan bahawa dalam tempoh penahanan, Nagahswaran berterusan menafikan bahawa dia terlibat dalam kesalahan tersebut. 

Dalam pada itu, menurut Jay, anak guamannya ada berkongsi bahawa dia mempunyai fakta untuk melawan dakwaan bekas isterinya namun ketika itu dia berada dalam tahanan hingga ia tidak mampu mempertahankan diri.

Berikut kronologi penahanan Nagahswaran Muniandy:

  1. Nagahswaran ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 pada 21.9.2020. 
  2. Selepas siasatan pihak polis, beliau diberikan Perintah Tahanan selama 2 tahun oleh Kementerian Dalam Negeri yang bermaksud dia ditahan tanpa bicara.
  3. Semasa ditahan di pusat pemulihan akhlak, Nagahswaran melalui pendengaran representasi di hadapan Lembaga Penasihat namun tidak diwakili peguam dan masih menafikan penglibatannya dalam aktiviti pengedaran dadah.
  4. Pengerusi Lembaga Penasihat telah menolak rayuan itu dan kekalkan perintah tahanan selama dua tahun itu.
  5. Nagahswaran melantik Peguambela dan Peguamcara, Jay Moy Wei Jiun sebagai peguam belanya.
  6. Jay failkan  permohonan Habeas Corpus di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan pembebasan di atas isu sama ada terdapat ketidakpatuhan prosedur dalam penahanan anak guamannya.
  7. Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan tersebut dan mengatakan tidak ada apa-apa ketidakpatuhan prosedur.
  8. Rayuan dibuat di Mahkamah Persekutuan.
  9. Hari ini (7 Sep 22) Mahkamah Persekutuan memutuskan Nagahswaran dibebaskan serta-merta daripada sebarang pertuduhan.
  10. Ketua Hakim Negara Tengku Maimum Tuan Mat yang mempengerusikan perbicaraan mengatakan wujud ketidakpatuhan prosedur di dalam penahanan Nagahswaran. 

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending