Terkini
Tiada masalah ibu bapa berlainan agama jaga anak-anak Islam – Peguam
“Selagi ibu bapa tersebut menjaga kepentingan hidup beragama Islam anak-anak tersebut, tidak ada masalah untuk ibu bapa berlainan agama tersebut menjaga anak-anak Islam itu.”
- “Selagi ibu bapa tersebut menjaga kepentingan hidup beragama Islam anak-anak tersebut, tidak ada masalah untuk ibu bapa berlainan agama tersebut menjaga anak-anak Islam itu.”
- Demikian kata Peguam mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang menjelaskan pihaknya bersifat terbuka di dalam isu melibatkan anak-anak mualaf lebih wajar di bawah jagaan ibu bapa seagama atau sebaliknya.
- “Ini kerana hubungan anak dengan ibu bapa berlainan agama juga tidak boleh dipisahkan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times ketika mengulas keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang memutuskan ketiga-tiga anak Loh Siew Hong masih lagi beragama Islam.
- MAIPs mengemukakan permohonan di Mahkamah Keluarga bagi mendapatkan perintah variasi membolehkan pihaknya memberi didikan agama dan keperluan agama kepada anak-anak tersebut.
KUALA LUMPUR — “Selagi ibu bapa tersebut menjaga kepentingan hidup beragama Islam anak-anak tersebut, tidak ada masalah untuk ibu bapa berlainan agama tersebut menjaga anak-anak Islam itu.”
Demikian kata Peguam mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang menjelaskan pihaknya bersifat terbuka di dalam isu melibatkan anak-anak mualaf lebih wajar di bawah jagaan ibu bapa seagama atau sebaliknya.
“Ini kerana hubungan anak dengan ibu bapa berlainan agama juga tidak boleh dipisahkan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times semalam.
Zainul Rijal yang juga Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi pada Khamis yang memutuskan ketiga-tiga anak Loh Siew Hong masih lagi beragama Islam.
Status pengislaman tiga kanak-kanak terdiri daripada pasangan kembar perempuan berusia 15 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipertikaikan wanita terbabit yang mendakwa penukaran agama itu dibuat tanpa kebenarannya dan dilakukan secara unilateral (sebelah pihak).
Siew Hong memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 25 Mac 2022 dengan menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, MAIPs, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri Perlis dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat.
Dalam pada itu, Zainul Rijal memaklumkan MAIPS mengemukakan permohonan di Mahkamah Keluarga bagi mendapatkan perintah variasi membolehkan pihaknya memberi didikan agama dan keperluan agama kepada anak-anak tersebut.
Bagaimanapun, katanya, MAIPs tidak memohon hak jagaan kerana ia merupakan isu melibatkan antara ibu dan bapa kepada kanak-kanak mualaf tersebut.
“Perkara ini akan diputuskan dalam kes yang berlainan di mana MAIPS ada memohon di mahkamah keluarga bagi membuat perintah variasi membolehkan MAIPs memberi didikan agama dan keperluan agama kepada anak anak tersebut.
“MAIPs tidak memohon hak jagaan kerana ia merupakan isu antara ibu dan bapa anak anak tersebut. Yang penting sebagai seorang Islam anak-anak tersebut berhak mendapat didikan Islam,” katanya.
Terdahulu, bekas suami Siew Hong, Muhammad Nagahswaran Muniandy dilapor menukarkan agama ketiga-tiga anak mereka kepada Islam di Perlis tanpa kebenaran dan pengetahuannya.
Pada 21 Feb 2022, Mahkamah Tinggi memerintahkan tiga adik-beradik yang dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diserahkan kepada ibu mereka, Siew Hong, selepas membenarkan permohonan habeas corpus difailkan ibu tunggal itu. — The Merdeka Times
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia