Connect with us

Terkini

Anak Najib mohon pengikut jadi ‘Bossku’ versi sendiri

“Perjuangan kami…kita teruskan.” Demikian perkongsian daripada anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa, yang menjelaskan bahawa ayat tersebut merupakan kata-kata terakhir daripada ayahnya buat keluarga dan para penyokong tegar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Anak Najib mohon pengikut jadi ‘Bossku’ versi sendiri
Foto: Nooryana Najwa bersama ayahnya, Datuk Seri Najib.
  • “Kata-kata terakhirnya kepada kita semua (keluarga + penyokong tegar) sebelum mereka membawanya pergi – “Perjuangan kami…kita teruskan,” – anak perempuan Datuk Seri Najib Razak
  • “Kami melakukan yang terbaik bukan sahaja untuk Bossku tetapi untuk BN, UMNO & rakyat. Jadi chin up, marilah kita menyokong antara satu sama lain dan teruskan kerana dia(Najib) bergantung pada kita semua untuk menjadi Bossku versi sendiri.”  
  • “Cabaran-cabaran ini dengan hasilnya yang baik membawa senyuman kepada Daddy. Adakalanya hasil yang diharapkan tidak sebaik yang diinginkan. Tetapi cuba lagi dan lagi,” – Datuk Seri Najib Razak.

KUALA LUMPUR – “Perjuangan kami…kita teruskan.”

Demikian perkongsian daripada anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa, yang menjelaskan bahawa ayat tersebut merupakan kata-kata terakhir daripada ayahnya buat keluarga dan para penyokong tegar.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadap Najib membabitkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

“Kata-kata terakhirnya kepada kita semua (keluarga + penyokong tegar) sebelum mereka membawanya pergi – “Perjuangan kami…kita teruskan”. 

“Kami melakukan yang terbaik bukan sahaja untuk Bossku tetapi untuk BN, UMNO & rakyat. Jadi chin up, marilah kita menyokong antara satu sama lain dan teruskan kerana dia(Najib) bergantung pada kita semua untuk menjadi ‘Bossku’ versi sendiri,” katanya menerusi hantaran di stories Instagram miliknya hari ini.

Tambahnya, “Dengan izin, saya akan cuba untuk terus update kepada semua berkenaan bossku dan kesejahteraan keluarga kami. Yana tau ramai kawan-kawan risau. Kita akan dapat lalui ini insyaAllah.”

Nooryana Najwa turut memohon maaf kerana tidak dapat membalas semua DM (mesej) yang dikirimkan ke atasnya.

“Saya tahu ramai di antara anda sedih dan kecewa. Kami juga begitu. 

Saya rasa saya hampir lost bila Adam membuat video call pada pagi ini sebelum ke sekolah dan melihat saya sedang duduk di atas kerusi merah kegemaran datuk (Najib)….Adam tanya “Mana atuk, mummy?Kenapa mummy duduk di kerusi datuk?” kata dia yang turut menambah setiap kali dia ingin menitiskan air mata pasti dia akan mengingatkan pada diri sendiri bahawa ayahnya tidak mahu dia bersedih.

“Saya memberitahu diri saya sendiri; Bossku tidak mahu saya sedih. Dia mahu saya berfikir, bekerja dan berjuang. Dia seorang pemikir dan pelaksana,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Facebook Najib Razak difahamkan terdapat mesej yang ditinggalkan beliau atas mejanya untuk mereka sekeluarga dan kemudiannya telah dikongsikan di beberapa platform media sosial Najib.

Memetik sebahagian daripada hantaran tersebut;

“Keluargaku, My family. My love. Dari tahun 1976 Daddy mula aktif dalam politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa. Ke hari ini (pada Selasa), 46 tahun lamanya.

46 years is a long time. Daddy memilih mewarisi legasi nenda, meneruskan usaha nenda. Daddy memilih kerja. Dunia politik dan perkhidmatan awam ada kelebihan dan kekurangannya.

Merancang pembangunan. Menggubal dasar kebajikan. Mengurus ekonomi. Mengukuhkan hubungan antarabangsa. Menyelesaikan krisis.

Cabaran-cabaran ini dengan hasilnya yang baik membawa senyuman kepada Daddy

Adakalanya hasil yang diharapkan tidak sebaik yang diinginkan. Tetapi cuba lagi dan lagi, “ katanya yang turut mendoakan agar ahli keluarga terus dilindungi dan dirahmati dengan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *