Connect with us

Terkini

Reman Rizal Van Geyzel, cubaan lumpuhkan kebebasan hak bersuara – Pengasas bersama MUDA

Pada 14 Julai 2022 (Khamis), pemilik Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes tiga video tular yang menyentuh sensitiviti bangsa dan agama.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

reman rizal van geyzel
Foto: Lim Wei Jiet dan Syed Saddiq.
  • Pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Lim Wei Jiet, menyifatkan penahanan Rizal Van Geyzel sebagai percubaan melumpuhkan hak kebebasan bersuara melalui satu ciapan di Twitter.
  • Wei Jiet tunjukkan sokongan serta solidariti kepada Rizal dan kelab komedi tersebut kerana baginya, jenaka dianggap lucu disebabkan kebenaran yang terselit di sebaliknya.
  • Namun, ciapan berkenaan telah dipadam tidak lama kemudian.

KUALA LUMPUR – Pada 14 Julai 2022 (Khamis), pemilik Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes tiga video tular yang menyentuh sensitiviti bangsa dan agama.

Berita yang tular itu menerima pelbagai respon yang bercampur baur dari pengguna media sosial.

Antara yang menentang tindakan reman terhadap Rizal adalah Lim Wei Jiet yang merupakan pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Beliau berkongsi pendapatnya melalui satu ciapan di Twitter dengan menyatakan tindakan ke atas Rizal adalah percubaan untuk melumpuhkan hak kebebasan bersuara.

Tambah beliau, pelawak memainkan peranan yang penting dalam masyarakat dan jenaka yang disampaikan selalunya dianggap lucu kerana terselit sedikit kebenaran di sebaliknya. Beliau akhiri perkongsiannya dengan menunjukkan sokongan serta solidariti kepada Rizal dan kelab komedi berkenaan.

Lim Wei Jiet Twitter

Walaubagaimanapun, ciapan dari Wei Jiet telah pun dipadam tidak lama kemudian.

Pihak The Merdeka Times juga berusaha mendapatkan komen YB Syed Saddiq (Presiden MUDA), YB Raven Kumar Krishnasamy (Ketua Pemuda MIC), dan YB Nicole Wong Siaw Ting (Ketua Pemuda MCA) bagi mendapatkan komen mereka berkenaan isu penutupan kelab komedi tersebut, namun gagal dihubungi melalui talian telefon, mesej Whatsapp, dan Twitter.

 

Author