Connect with us

Terkini

“Kami pastikan orang (pelawak) baru tahu, menghina institusi diraja dan agama adalah tindakan di luar batasan,” – Rizal Van Geyzel, pengasas bersama Crackhouse

Keterujaan melihat wanita Melayu bertudung dalam sesi mikrofon terbuka bertukar menjadi mimpi ngeri untuk kelab komedi TTDI

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rizal Van Geyzel
Foto: Sumber The Vibes - Rizal Van Geyzel
  • Rizal Van Geyzel, pengasas bersama Crackhouse Club House terkejut dengan tindakan wanita Islam menanggalkan tudung dan baju kurungnya semasa buat persembahan di kelab komedinya.
  • Wanita tersebut didakwa meninggalkan pentas sebelum kakitangan kelab sempat membunyikan loceng atau mematikan mikrofon.
  • Atas dasar mencungkil bakat baru, wanita tak dikenali itu dibenarkan buat persembahan ‘stand up comedy’.
  • “Kami akan pastikan orang (pelawak) baru tahu bahawa menghina institusi diraja atau agama adalah di luar batasan (tidak dibenarkan),” – Rizal Van Geyzel
  • Laporan polis telah dibuat dan wanita tersebut serta pasangannya dihalang dari memasuki kelab sejurus insiden tersebut.

KUALA LUMPUR – Menceritakan apa yang berlaku, pengasas bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel mengakui bahawa pada awal pihaknya teruja melihat seorang wanita Melayu memakai tudung ingin menyertai acara tersebut.

Beliau tidak tahu bahawa malam acara komedi tersebut akan bertukar menjadi mimpi ngeri, mengakibatkan lesen operasi kelab komedinya digantung sementara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Selepas beberapa saat (masuk) ke dalam ‘set’, semua kakitangan dan pelawak lain yang hadir benar-benar terkejut dan terkesima apabila wanita tersebut mula menanggalkan tudung dan bajunya,” katanya kepada The Vibes.

“Sebelum apa-apa tindakan boleh diambil (biasanya dengan membunyikan loceng atau mematikan mikrofon), wanita itu meninggalkan pentas. Kami semua terpegun.”

Video persembahan wanita tersebut semasa sesi mikrofon terbuka yang diberi tempoh tiga minit di Crackhouse Comedy Club telah tular di media sosial.

Dalam video berdurasi 45 saat itu, wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai “Siti Amira binti Abdullah” dan mengaku sebagai orang Islam dan telah menghafal 15 juzuk al-Quran.

“Hello dan assalamualaikum, semua. Nama saya Siti Amira binti Abdullah. Saya dari Kuala Kangsar, Perak.

“Saya seorang Melayu dan Islam, dan saya telah menghafal 15 juzuk al-Quran. Tetapi sekejap…,” katanya sebelum mula menanggalkan pakaian, mendedahkan bahagian badan yang mengenakan baju bertali halus (top spaghetti) dan skirt mininya.

Ketika dia mula menanggalkan tudung dan baju kurung, penonton bersorak dan bertepuk tangan.

Rizal, yang juga merupakan seorang pelawak ‘stand up comedy’, berkata wanita berkenaan bukan pelanggan tetap di kelab itu dan mereka tidak mengenalinya.

Walau bagaimanapun, Rizal menjelaskan, itulah cara bakat baru ditemui – dengan membenarkan orang tidak dikenali yang mempunyai kemahiran untuk membuat persembahan komedi.

“Kami membenarkan orang yang tidak dikenali (untuk membuat persembahan) pada malam mic terbuka kami. Walaubagaimanapun, kami memastikan orang (pelawak) baru tahu bahawa menghina institusi diraja atau agama adalah di luar had dan batasan (tidak dibenarkan).”

Beliau berkata akan lebih berwaspada, dan kakitangannya akan dilatih untuk samada mengiringi deviant aspiring comedians (pelawak yang membuat persembahan pada malam mikrofon terbuka dan melanggar garis panduan mereka) turun dari pentas, atau mematikan mikrofon dengan serta-merta sekiranya ada individu yang menghina mana-mana agama.

“Malam mikrofon terbuka harus tetap ‘organik’. Jika tidak, tiada apa yang ‘terbuka’ mengenai malam-malam ini,” katanya.

Sejak kejadian itu, Crackhouse Comedy Club telah membuat laporan polis di balai polis Taman Tun Dr Ismail terhadap wanita terbabit, di samping beliau dan pasangannya telah dihalang dari (memasuki) kelab itu sejurus selepas persembahan.

Sumber: The Vibes

 

Author