Connect with us

Terkini

Dewan Perwakilan AS lulus peruntukan AS$1.15 trilion perkukuh pakatan ketenteraan dengan Israel

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Dewan Perwakilan AS meluluskan Akta Kebenaran Pertahanan Negara (NDAA) bernilai AS$1.15 trilion (RM5.1 trilion) dengan majoriti tipis 216 berbanding 212, termasuk satu peruntukan yang dijangka memperluaskan integrasi teknologi pertahanan antara AS dan Israel sehingga mencetuskan kebimbangan mengenai implikasinya terhadap kedaulatan negara itu.
  • Menurut Anadolu Ajansi, antara peruntukan yang paling mendapat perhatian ialah Seksyen 219, yang menubuhkan Inisiatif Kerjasama Teknologi Pertahanan Amerika Syarikat-Israel bagi memperkukuh penyelidikan, pembangunan, ujian dan penilaian teknologi pertahanan secara bersama antara kedua-dua negara.

WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan Akta Kebenaran Pertahanan Negara (NDAA) bernilai AS$1.15 trilion (RM5.1 trilion) dengan majoriti tipis 216 berbanding 212, termasuk satu peruntukan yang dijangka memperluaskan integrasi teknologi pertahanan antara AS dan Israel sehingga mencetuskan kebimbangan mengenai implikasinya terhadap kedaulatan negara itu.

Undian pada Rabu menyaksikan hampir semua Ahli Republikan menyokong rang undang-undang berkenaan bersama enam Ahli Demokrat dan seorang Ahli Bebas. Seramai tujuh Ahli Republikan mengundi menentangnya, manakala sebahagian besar Demokrat turut menolak rang undang-undang tersebut.

Menurut Anadolu Ajansi, antara peruntukan yang paling mendapat perhatian ialah Seksyen 219, yang menubuhkan Inisiatif Kerjasama Teknologi Pertahanan Amerika Syarikat-Israel bagi memperkukuh penyelidikan, pembangunan, ujian dan penilaian teknologi pertahanan secara bersama antara kedua-dua negara.

Di bawah inisiatif itu, Setiausaha Pertahanan AS dikehendaki melantik seorang “ejen eksekutif” untuk menyelaras kerjasama tersebut, termasuk mengintegrasikan teknologi yang dibangunkan Israel atau secara bersama ke dalam program ketenteraan AS sehingga tahun 2030.

Kerjasama itu meliputi 10 bidang strategik, antaranya sistem pertahanan anti-drone, pertahanan peluru berpandu, kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan teknologi tenaga terarah.

Rang undang-undang itu turut memperuntukkan AS$750 juta bagi program kerjasama pertahanan AS-Israel, termasuk AS$500 juta untuk pembangunan sistem pertahanan peluru berpandu dan AS$100 juta bagi sistem pertahanan anti-drone.

Bagaimanapun, peruntukan tersebut menerima bantahan daripada beberapa ahli Kongres yang menyifatkannya sebagai langkah yang boleh menjejaskan kepentingan dan kedaulatan AS. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author