Connect with us

Terkini

Umum peruntukan RM216.44 juta menjelang PRN Johor, PSM lapor polis terhadap Nga Kor Ming

Published

on

Foto: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
  • “Pada 25 Jun iaitu dua hari sebelum penamaan calon PRN Johor ke-16, Nga mengumukan bahawa KPKT telah meluluskan peruntukan RM216.44 juta bagi pelaksanaan 42 projek pembangunan di negeri Johor,” – Parti Sosialis Malaysia
  • PSM mendakwa tindakan berkenaan wajar disiasat kerana dipercayai merupakan satu insiden salah guna kuasa yang melanggar undang-undang.

JOHOR BAHRU — Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berhubung pengumuman peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi projek pembangunan di Johor yang dibuat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut kenyataan yang dimuat naik PSM di Facebook, laporan polis itu dibuat susulan pengumuman Nga pada 25 Jun lalu, iaitu dua hari sebelum hari penamaan calon PRN Johor ke-16, mengenai kelulusan peruntukan berjumlah RM216.44 juta bagi pelaksanaan projek pembangunan di negeri berkenaan.

PSM mendakwa tindakan berkenaan wajar disiasat kerana dipercayai merupakan satu insiden salah guna kuasa yang melanggar undang-undang.

Pada 25 Jun lalu, Nga mengumumkan bahawa KPKT memperuntukkan RM216.44 juta bagi pelaksanaan projek pembangunan di Johor yang meliputi sektor perumahan, kemudahan awam dan kesejahteraan komuniti.

Terdahulu, isu berkenaan turut dibangkitkan di Dewan Rakyat sebelum ini, apabila Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mempertahankan tindakan Nga dengan menyatakan pengumuman tersebut dibuat sebelum hari penamaan calon dan melibatkan projek yang telah diluluskan di bawah belanjawan terdahulu, justeru menurut beliau ia tidak melanggar peraturan pilihan raya.

Setakat laporan ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada Nga Kor Ming berhubung laporan polis yang dibuat PSM hari ini.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author