Terkini
Tiada pengumuman projek, dasar baharu sepanjang kempen pilihan raya – PM Anwar
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia selaras dengan peraturan di bawah Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).
- “Keputusan kita tetap, iaitu sebaik penamaan calon diumumkan, kempen boleh diteruskan, tapi tidak boleh ada penggunaan ataupun pengumuman jaminan projek baharu ataupun dasar baharu bagi negeri tersebut.
- “Tidak boleh menggunakan jentera untuk mengumumkan projek baharu masa kempen sama ada di peringkat bandar raya atau Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang pengumuman projek atau dasar baharu pada mana-mana kempen pilihan raya adalah tidak dibenarkan.
Beliau berkata ia selaras dengan peraturan di bawah Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).
“Keputusan kita tetap, iaitu sebaik penamaan calon diumumkan, kempen boleh diteruskan, tapi tidak boleh ada penggunaan ataupun pengumuman jaminan projek baharu ataupun dasar baharu bagi negeri tersebut.
“Tidak boleh menggunakan jentera untuk mengumumkan projek baharu masa kempen sama ada di peringkat bandar raya atau Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang ingin tahu sama ada larangan pengumuman peruntukan atau projek kerajaan selepas penamaan calon masih terpakai serta mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata pengumuman projek sedia ada atau yang telah diluluskan dalam Belanjawan lepas, tidak menjadi kesalahan dari segi peraturan pilihan raya.
— BERNAMA