Connect with us

Terkini

Pegawai khas menteri mohon maaf kepada Zamri Vinoth, selesai saman fitnah secara persetujuan

Published

on

Foto: Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Rosly Yusof (kanan) dan Pendakwah, Muhammad Zamri Vinoth.
  • Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Rosly Yusof, telah memohon maaf kepada pendakwah, Muhammad Zamri Vinoth, berhubung saman fitnah yang difailkan terhadapnya.
  • Shahidah Hanum Mohd Ghazali, peguam yang mewakili plaintif, Zamri Vinoth,  berkata kes itu diselesaikan selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk merekodkan satu penghakiman persetujuan di mahkamah.
  • Shahidah berkata tindakan undang-undang itu berpunca daripada satu komen yang didakwa dimuat naik defendan di ruangan komen satu hantaran Facebook pada 7 Mac 2025, yang mengandungi kenyataan merujuk plaintif sebagai “perogol”

KUALA LUMPUR –  Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Rosly Yusof, telah memohon maaf kepada pendakwah, Muhammad Zamri Vinoth, berhubung saman fitnah yang difailkan terhadapnya.

Shahidah Hanum Mohd Ghazali, peguam yang mewakili plaintif, Zamri Vinoth,  berkata kes itu diselesaikan selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk merekodkan satu penghakiman persetujuan di mahkamah.

Menurut beliau, penyelesaian dicapai secara baik tanpa melalui perbicaraan penuh, namun terma-terma penyelesaian adalah sulit dan tidak didedahkan kepada umum berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.

Katanya, dengan termeterainya penghakiman persetujuan itu, tindakan saman fitnah berkenaan disifatkan selesai mengikut syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Mengulas punca saman tersebut, Shahidah berkata tindakan undang-undang itu berpunca daripada satu komen yang didakwa dimuat naik defendan di ruangan komen satu hantaran Facebook pada 7 Mac 2025.

Menurut ringkasan kes plaintif, komen itu mengandungi kenyataan yang merujuk plaintif sebagai “perogol”, sekali gus didakwa membawa maksud bahawa beliau seorang penjenayah, individu berbahaya dan tidak boleh dipercayai.  

Beliau berkata, dalam ringkasan kes itu, plaintif mendakwa kenyataan berkenaan telah mencemarkan nama baik, reputasi dan kredibilitinya sebagai seorang pendakwah serta boleh diakses oleh orang awam melalui Facebook.  

Katanya lagi, plaintif turut mendakwa penerbitan kenyataan tersebut menyebabkan beliau dipandang serong, dihina dan reputasinya sebagai pendakwah terjejas, selain mengalami tekanan, rasa malu serta penghinaan.  

Menurut Syahidah, sebelum saman difailkan, pihak plaintif telah mengeluarkan surat tuntutan bertarikh 27 Mac 2025 yang antara lain menuntut defendan membuat permohonan maaf secara terbuka. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author