Connect with us

Terkini

Nahas pesawat di Perancis, semua 11 maut

Published

on

  • Sebuah pesawat awam yang membawa penerjun payung terhempas berhampiran bandar Tomblaine di timur Perancis, mengorbankan kesemua 11 individu yang berada di dalam pesawat.
  • Insiden itu merupakan antara nahas pesawat ringan paling buruk di Perancis mengorbankan lima jurulatih penerjunan, lima pelajar dan seorang juruterbang.

PARIS – Sebuah pesawat awam yang membawa penerjun payung terhempas berhampiran bandar Tomblaine di timur Perancis, mengorbankan kesemua 11 individu yang berada di dalam pesawat, menurut pihak berkuasa tempatan. Insiden itu merupakan antara nahas pesawat ringan paling buruk di Perancis.

Nahas yang berlaku pada Ahad itu mengorbankan lima jurulatih penerjunan, lima pelajar dan seorang juruterbang, kata Yves Seguy, Prefek bagi jabatan Meurthe-et-Moselle di timur Perancis.

“Tiada orang awam di darat menjadi mangsa dalam nahas ini,” katanya pada sidang media yang dilaporkan TRT.

Pesawat yang berdaftar di Jerman itu terhempas di kawasan berumput berhampiran landasan Lapangan Terbang Nancy-Essey, yang terletak berdekatan kawasan perumahan serta dua batang jalan raya.

Punca nahas masih belum dapat dipastikan.

Pasukan perubatan dan sokongan psikologi telah digerakkan bagi membantu ahli keluarga mangsa yang berada di lapangan terbang ketika kejadian, selain saksi-saksi lain.

Timbalan Pendakwa Raya bandar Nancy, Amaury Lacote, berkata siasatan teknikal telah dibuka bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Pihak polis turut menggesa orang ramai menerusi platform media sosial X supaya mengelakkan kawasan sekitar lapangan terbang bagi memberi laluan kepada pasukan kecemasan menjalankan operasi.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Laurent Nunez, dijangka melawat lokasi nahas pada lewat petang, menurut pegawai beliau. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author