Connect with us

Terkini

Enam pelajar disyaki buli bakal disingkir jika didapati bersalah – Asyraf Wajdi

Published

on

Foto: Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau amat berduka cita, kesal dan kecewa apabila dimaklumkan mengenai kejadian tersebut yang hanya diketahui selepas ibu bapa mangsa membuat hantaran di media sosial apabila anak mereka memohon keluar daripada MRSM kerana tidak lagi mampu menanggung penderitaan akibat dibuli.
  • “Walau dengan apa juga alasan perbuatan buli dengan mengambil tindakan sendiri kononnya untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar dunia adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima dan dikompromi.
  • “Saya selalu tekankan ‘You Touch, You Go’, amaran ini berkali-kali telah saya berikan kepada semua pelajar-pelajar kalau ada saja perbuatan buli, kalian tiada tempat di MRSM,” katanya.

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terlibat dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor bakal disingkirkan daripada institusi itu sekiranya didapati bersalah.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau amat berduka cita, kesal dan kecewa apabila dimaklumkan mengenai kejadian tersebut yang hanya diketahui selepas ibu bapa mangsa membuat hantaran di media sosial apabila anak mereka memohon untuk keluar daripada MRSM kerana tidak lagi mampu menanggung penderitaan akibat dibuli.

“Ibu bapa mangsa juga telah membuat laporan kepada pihak berkuasa, khususnya PDRM dan saya dimaklumkan keenam-enam pelajar terbabit telah ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, Asyraf berkata beliau telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM) dan pihak pentadbiran MRSM supaya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) dalam tempoh 24 jam bagi menjalankan siasatan serta mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana pelajar yang didapati terlibat.

“Jika terbukti bersalah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa perbuatan membuli atau mengambil tindakan sendiri atas alasan mahu “mendisiplinkan” pelajar junior sama sekali tidak boleh diterima dan tidak akan dikompromikan.

“Walau dengan apa juga alasan perbuatan buli dengan mengambil tindakan sendiri kononnya untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar dunia adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima dan dikompromi.

“Saya selalu tekankan ‘You Touch, You Go’, amaran ini berkali-kali telah saya berikan kepada semua pelajar-pelajar kalau ada saja perbuatan buli, kalian tiada tempat di MRSM,” katanya.

Pada masa sama, beliau menggesa semua pelajar MRSM supaya tidak takut melaporkan sebarang kejadian buli kepada guru, warden atau pihak pentadbiran agar tindakan segera dapat diambil.

Beliau turut memberi amaran bahawa mana-mana pihak yang cuba menyembunyikan atau melindungi perbuatan buli akan berdepan tindakan sewajarnya kerana MARA tidak akan berkompromi dalam isu tersebut. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author