Connect with us

Terkini

UAE lapor serangan Iran masuk hari kedua

Published

on

Foto: Serangan di depot minyak di Pelabuhan Fujairah di Teluk Oman.
  • Kementerian Pertahanan UAE memaklumkan bahawa pihaknya sedang bertindak balas terhadap serangan itu.
  • Pihak berkuasa perlindungan bencana menggesa orang ramai agar berlindung dan mengikuti saluran rasmi untuk mendapatkan amaran serta maklumat terkini.
  • Mereka turut menasihatkan agar serpihan yang jatuh tidak disentuh, dihampiri atau dirakam gambar.

KAHERAH – Tentera Iran menyerang Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggunakan peluru berpandu dan dron untuk hari kedua berturut-turut, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa.

Kementerian Pertahanan UAE memaklumkan bahawa pihaknya sedang bertindak balas terhadap serangan itu.

Pihak berkuasa perlindungan bencana menggesa orang ramai agar berlindung dan mengikuti saluran rasmi untuk mendapatkan amaran serta maklumat terkini.

Mereka turut menasihatkan agar serpihan yang jatuh tidak disentuh, dihampiri atau dirakam gambar.

Iran menyambung semula serangan ke atas UAE pada Isnin, buat pertama kali sejak gencatan senjata berkuat kuasa empat minggu lepas.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, baru-baru ini melanjutkan gencatan senjata itu secara persetujuan sepihak tanpa had masa.

Tentera Iran menyifatkan serangan mereka sebagai tindak balas terhadap inisiatif AS untuk membuka semula Selat Hormuz yang disekat.

Serangan pada Isnin itu turut menyebabkan kebakaran di depot minyak di Pelabuhan Fujairah di Teluk Oman, di luar selat itu. – BERNAMA-dpa

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author