Connect with us

Terkini

BUDI 95: Pekerja stesen minyak salah guna IC pelanggan kaut keuntungan haram

Published

on

foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Perbuatan itu dikesan berlaku susulan dua tangkapan membabitkan pekerja stesen minyak di Sepang, Selangor yang dipercayai menyalah guna data peribadi pengguna untuk mengeksploitasi sistem subsidi yang diperkenalkan kerajaan tersebut.
  • Menerusi satu video yang tular, seorang pegawai polis memaklumkan, modus operandi penjenayah melibatkan tindakan mencatat nombor kad pengenalan pelanggan secara manual, terutamanya apabila mangsa teralih perhatian semasa melakukan urusan di kaunter. 
  • Golongan yang menjadi sasaran utama ialah pelajar berusia antara 19 hingga 20 tahun serta warga emas terutama yang menggunakan motorsikal.

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa mengesan taktik licik segelintir pekerja stesen minyak yang menyalahguna maklumat kad pengenalan (IC) pelanggan bagi mengaut keuntungan haram melalui sistem subsidi BUDI 95.

Perbuatan itu dikesan susulan dua tangkapan membabitkan pekerja stesen minyak di Sepang, Selangor yang dipercayai menyalah guna data peribadi pengguna untuk mengeksploitasi sistem subsidi yang diperkenalkan kerajaan.

Menerusi satu video yang tular, seorang pegawai polis memaklumkan, modus operandi penjenayah melibatkan tindakan mencatat nombor kad pengenalan pelanggan secara manual, terutamanya apabila mangsa teralih perhatian semasa melakukan urusan di kaunter. 

Menurutnya, golongan yang menjadi sasaran utama ialah pelajar berusia antara 19 hingga 20 tahun serta warga emas terutama yang menggunakan motorsikal.

Jelasnya, siasatan mendapati pekerja terbabit menggunakan ID penyelia (supervisor) untuk melakukan proses ‘override‘ sistem secara manual tanpa perlu melalui pengesanan sistem biometrik atau cip kad pengenalan.

Melalui taktik tersebut, pekerja terbabit akan mendapat keuntungan daripada pembayaran tanpa subsidi BUDI 95 dengan merekodkan jualan tersebut sebagai transaksi bersubsidi, manakala baki hasil perbezaan harga tersebut dimasukkan ke dalam poket sendiri. 

“Saya menasihatkan orang ramai agar berwaspada kerana jenayah ini sememangnya dilakukan oleh penjenayah di luar sana, malah pihak kami telah pun menangkap dan mereman dua orang suspek setakat ini. 

“Justeru, saya ingin mengingatkan para pengguna dan pengendali stesen minyak supaya lebih berhati-hati,” katanya dalam rakaman video yang disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp.

Jelasnya, pihak polis kini menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah jenayah oleh pekerja. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author