Connect with us

Terkini

(VIDEO) “To hell with Ghouta”, kenyataan Assad dalam rakaman eksklusif terbongkar

Published

on

Foto: Bekas presiden Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad.
  • Video itu memaparkan al-Assad sedang memandu di lokasi tidak dikenal pasti di Syria.
  • “Kita akan tinggalkan Ghouta, apa yang akan kita katakan?” al-Shibl  bertanya kepada beliau. “Biar Ghouta ke neraka,” balas beliau sambil ketawa,
  • Pada Jun 2018, penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyimpulkan bahawa pasukan pro-kerajaan Syria melakukan jenayah terhadap kemanusiaan, termasuk sengaja membiarkan orang awam kebuluran semasa pengepungan lima tahun di Ghouta Timur, kawasan pinggir Damsyik.

Rakaman eksklusif yang diperoleh Al Arabiya menunjukkan bekas presiden Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad, berkata “biar Ghouta ke neraka” ketika berbual dengan penasihat medianya, Luna al-Shibl.

Video itu memaparkan al-Assad sedang memandu di lokasi tidak dikenal pasti di Syria.

“Kita akan tinggalkan Ghouta, apa yang akan kita katakan?” al-Shibl  bertanya kepada beliau.

“Biar Ghouta ke neraka,” balas beliau sambil ketawa,

Pada Jun 2018, penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyimpulkan bahawa pasukan pro-kerajaan Syria melakukan jenayah terhadap kemanusiaan, termasuk sengaja membiarkan orang awam kebuluran semasa pengepungan lima tahun di Ghouta Timur, kawasan pinggir Damsyik.

Rakaman yang bocor dipercayai dirakam selepas rejim kembali menguasai Ghouta pada April 2018.

Dalam rakaman lain, al-Assad dan al-Shibl turut memperolok Brigedier Jeneral Suheil al-Hassan, panglima pasukan khas Syria yang digelar “The Tiger” dan sering digambarkan sebagai “askar kegemaran” Assad.

Al-Hassan memainkan peranan penting dalam kemaraan ketenteraan kerajaan pada 2015.

Al-Shibl bertanya sama ada al-Assad melihat gambar al-Hassan di Gunung Qasioun yang menyaksikan beliau bergambar dengan pegawai Rusia.

“Dia mengambil gambar… bukan pemandangan yang elok. Dia berdiri di puncak Gunung Qasioun, ‘Harimau Qasioun’. Kita belum habis lagi dengan ‘Singa Diplomasi’,” kata al-Shibl sambil disambut gelak al-Assad.

Al-Assad kemudian berseloroh bahawa jika al-Shibl mahu menukar gelaran al-Hassan, “dia perlu mencari haiwan lain,” menyebabkan al-Shibl membalas: “Mereka itulah haiwan.”

Dalam video berasingan, al-Shibl membanggakan kemampuan ketenteraan Syria dan meremehkan taktik perang jalanan Hezbollah, kumpulan Lubnan yang menghantar ribuan pejuang untuk menyokong rejim Assad sejak pemberontakan 2011.

“Kami juga ada peluru berpandu. Tentera Syria telah belajar dan memperoleh kepakaran sehingga boleh mengajar tentera lain. Rusia pun mengakui hal ini. Pada awalnya Hezbollah sering berkata, Kami tuan perang jalanan. Tapi kini mereka diam, kita tidak lagi mendengar apa-apa daripada mereka,” katanya.

Al-Shibl, yang meninggal dunia pada Julai 2024 akibat kecederaan selepas kemalangan kereta.

Pada 8 Disember ini, Syria menandakan setahun sejak serangan kilat yang menjatuhkan al-Assad. Selepas digulingkan, beliau melarikan diri ke Rusia, mengakhiri 13 tahun perang saudara dan lebih 50 tahun pemerintahan keluarga Assad yang penuh kekerasan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author