Connect with us

Terkini

Tuanku Muhriz titah DBNS dianugerahkan kepada Mohd Ekhwan Toriman ditarik balik

Published

on

Foto: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir & bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman (Gambar Kecil)

SEREMBAN — Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) kepada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Pendaftar Darjah, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan semalam memaklumkan keputusan tersebut bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di Negeri Sembilan.

Mohd Ekhwan dianugerahkan DBNS yang membawa gelaran Datuk pada 14 Jan 2019.– BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author