Connect with us

Antarabangsa

Russia pindahkan kapal tentera laut dari Syria?

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Kapal perang Russia, auxiliary Yelnya
  • Satu daripada lima kapal di Pangkalan Tentera Laut Russia di Tartus, Syria, dilaporkan berlepas dari pangkalan tentera laut itu pada Isnin selepas perkembangan terkini dalam konflik perang saudara di Syria.
  • Kapal auxiliary Yelnya dilaporkan berlepas dari Tartus pada pagi 2 Disember 2024 (Isnin) dengan maklumat menunjukkan bahawa beberapa atau semua kapal lain turut beredar.
  • “Terdapat kemungkinan pemergian yang realistik berkaitan dengan keadaan yang semakin buruk di Syria,” kata penganalisis tentera laut, Droxford Maritime di platform X dipetik Naval News pada Selasa.
  • Langkah yang tidak dijangka itu berlaku beberapa hari selepas perubahan mendadak dalam perang saudara Syria yang sedang berlangsung. 
  • Rejim Bashar Assad, di mana Russia merupakan sekutu utamanya, kini berada di belakang dengan pasukan penentang kerajaan Syria dilaporkan semakin pantas menuju ke ibu kota.

Satu daripada lima kapal di Pangkalan Tentera Laut Russia di Tartus, Syria, dilaporkan berlepas dari pangkalan tentera laut itu pada Isnin selepas perkembangan terkini dalam konflik perang saudara di Syria.

Kapal auxiliary Yelnya dilaporkan berlepas dari Tartus pada pagi 2 Disember 2024 (Isnin) dengan maklumat menunjukkan bahawa beberapa atau semua kapal lain turut beredar.

Ketika ini, terdapat lima kapal perang Russia di pangkalan itu meliputi dua frigat kelas Gorskhov, satu frigat kelas Grigorovich dan dua kapal axillaries selain sebuah kapal selam kelas Improved-Kilo.

“Terdapat kemungkinan pemergian yang realistik berkaitan dengan keadaan yang semakin buruk di Syria,” kata penganalisis tentera laut, Droxford Maritime di platform X dipetik Naval News pada Selasa.

Langkah yang tidak dijangka itu berlaku beberapa hari selepas perubahan mendadak dalam perang saudara Syria yang sedang berlangsung. 

Rejim Bashar Assad, di mana Russia merupakan sekutu utamanya, kini berada di belakang dengan pasukan penentang kerajaan Syria dilaporkan semakin pantas menuju ke ibu kota.

Walaupun tidak disahkan, pergerakan kapal perang Russia itu dianggap berkemungkinan mempunyai kaitan secara langsung dengan keadaan di darat. 

Ia juga dilihat sebagai tanda pertama Russia sedang memindahkan aset berharga keluar dari negara itu. 

Pangkalan tentera laut di Tartus di pantai Mediterranean Syria adalah aset strategik Russia sejak 1971 tetapi kurang digunakan selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. 

Sejak perang saudara Syria pada 2012 penggunaannya telah meningkat semula dan ia menjadi pangkalan tentera laut luar negara utama Russia, di mana ia menjadi lebih penting selepas 2022 susulan perang Russia-Ukraine. – The Merdeka Times

Author