Connect with us

Teknologi

Mu nok tahu mende pasal Terengganu? Tanyelah “Awang Intelligent”!

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pemandu pelancong kecerdasan buatan (AI) yang diberi nama “Awang Intelligent”

Bagi menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu, kerajaan negeri itu membangunkan pemandu pelancong kecerdasan buatan (AI) yang diberi nama “Awang Intelligent”.

Nama “Awang” dipilih kerana ia adalah nama yang mesra dan mudah diingati, serta mempunyai sentuhan lokal yang dekat dengan orang Terengganu.

Ia menggambarkan seorang teman yang peramah dan sedia membantu, seiring dengan budaya dan identiti Terengganu. Tidak sekadar mampu berbahasa Melayu dan Inggeris, Awang juga boleh menuturkan loghat Terengganu.

Dibangunkan oleh Discovery Terengganu, Awang memudahkan pelancong untuk mendapatkan info pelancongan di negeri itu menerusi aplikasi Whatsapp dan laman web rasmi Discovery Terengganu.

Mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2023, Awang sentiasa bersedia untuk membantu pelancong yang ingin meneroka keindahan Terengganu termasuk cadangan tempat menarik, makanan, ramalan cuaca hinggalah ke perkhidmatan pengangkutan di negeri itu.

Menurut Awang, anak-anak Terengganu sendiri membangunkan pelbagai aspek teknologi, data pelancongan, dan latihan untuk memastikan ia dapat memberikan info yang tepat dan berguna kepada pelancong.

Setakat ini, sambutan pengguna terhadap Awang Intelligent sangat positif apabila data menunjukkan ramai pelancong dan penduduk tempatan mula menggunakan Awang untuk mendapatkan info pelancongan di Terengganu, dan maklum balas yang diterima amat menggalakkan.

Mu nok tahu mende lagi pasal Terengganu? Bereh boh, tanyelah Awang! – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *