Connect with us

Agama

(VIDEO) Berdakwah guna rasional perlu pada tempat dan waktu

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Felo penyelidik dan pengajar di The Sapience Institute, Sheikh Fahad Tasleem

KUALA LUMPUR — Tidak semua usaha dakwah boleh dilakukan dengan hanya menggunakan rasional kerana ia juga mempunyai had tertentu, kata felo penyelidik dan pengajar di The Sapience Institute, Sheikh Fahad Tasleem.

Beliau berkata demikian ketika mengupas mengenai topik program ‘Are There Limits to Rationality?’ anjuran Multiracial Reverted Muslims (MRM) di sini semalam.

Sheikh Fahad berkata dalam bidang dakwah, ramai beranggapan bahawa kita mempunyai hujah-hujah rasional yang kukuh dan itulah akhir kepada segalanya dalam dakwah yang membawa maksud jika kita menyampaikan hujah rasional kepada seseorang (belum Muslim), mereka akan mendengar dan akhirnya mengucapkan syahadah (memeluk Islam).

“Tetapi pada akhirnya, kita bukanlah robot yang rasional dan oleh itu kita memerlukan lebih daripada itu dan (dalam) dakwah kita perlu lebih daripada sekadar hujah yang rasional.

“(Dakwah) Ia sepatutnya memahami (melibatkan pemahaman bahawa) manusia sebagai makhluk (yang mempunyai sifat) psikologi, spiritual dan emosi,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Dewan Sheikh Hussain Yee MRM di sini.

Sheikh Fahad mengupas topik ‘Are There Limit to Rationality?’ di hadapan peserta-peserta program anjuran Multiracial Reverted Muslims (MRM) di sini semalam.

Mengulas lanjut, Sheikh Fahad berkata ia tidak bermaksud bahawa dakwah tidak perlu menggunakan rasional, sebaliknya ia berkenaan bagaimana mengaplikasikan rasional pada waktu dan tempat yang sesuai kerana tidak semua orang akan mendengar atau menginginkan sebuah hujah yang rasional dalam menjawab sesuatu persoalan.

Beliau berkata ulama juga ada menyatakan bahawa rasional adalah ubat untuk orang yang sakit tapi ia bukan pemakanan untuk orang ramai di mana hujah rasional hanyalah salah satu pendekatan dalam dakwah, tetapi bukan satu-satunya cara melakukannya.

 

“Saya berharap (melalui perkongsian semalam ia) dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk melihat di mana rationality boleh digunakan dan di mana ia seharusnya tidak digunakan. Itu mungkin kedengaran sedikit kontroversial.

“Anda mungkin berkata, “Bukankah agama (Islam) kita rasional?” Sudah tentu, ia rasional…Saya tidak mengatakan ia tidak rasional, tetapi kadang-kadang dan sering kali anda menggunakan rationality digabungkan dengan spiritual, rationality digabungkan dengan psikologi, rationality digabungkan dengan perkara-perkara ini (dalam berhujah), kerana anda sedang bercakap dengan seorang manusia.

“Jadi, saya rasa dalam budaya kita khususnya dalam dunia dakwah, kita telah meninggikan rasionaliti ke tahap begitu tinggi seolah-olah itulah dakwah dan itu sahaja (cara) dakwah, tetapi hakikatnya, itu hanya satu bahagian kecil dalam hujah dakwah, seperti hujah logik dan seumpamanya. Ia hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan dakwah,” kata Sheikh Fahad. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *