Antarabangsa
Wanita Muslim 82 tahun parah dipukul jiran di Belanda
- Seorang wanita Muslim berusia 82 tahun berasal dari Turkiye dipukul dengan kejam oleh jirannya dalam insiden serangan perkauman di The Hague, Belanda, pada Isnin (28 Okt).
- Mangsa, Cemile Telli dilaporkan terpaksa dimasukkan ke hospital, termasuk dua hari berada di unit rawatan rapi (ICU), ekoran kecederaan parah di muka dan badannya.
- MintPress News melaporkan jiran wanita yang menyerang mangsa ditahan Polis Belanda, namun dibebaskan dua hari kemudiannya.
- Keluarga Cemille berkata ibu mereka tetap diganggu jiran wanita mereka (pelaku) selepas dia keluar dari hospital.
- “Tolong bantu saya, apakah yang telah saya lakukan sehingga saya layak menerima ini? Saya telah berada di negara ini selama 57 tahun; Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini sehingga sekarang. Saya tidak boleh tidur pada waktu malam kerana ketakutan,” kata Cemile dipetik Straturka.
- Saksi dilaporkan berkata serangan itu tidak diprovokasi dan bersifat kejam.
Seorang wanita Muslim berusia 82 tahun berasal dari Turkiye dipukul dengan kejam oleh jirannya dalam insiden serangan perkauman di The Hague, Belanda, pada Isnin (28 Okt).
Mangsa, Cemile Telli dilaporkan terpaksa dimasukkan ke hospital, termasuk dua hari berada di unit rawatan rapi (ICU), ekoran kecederaan parah di muka dan badannya.
MintPress News melaporkan jiran wanita yang menyerang mangsa ditahan Polis Belanda, namun dibebaskan dua hari kemudiannya.
Keluarga Cemille berkata ibu mereka tetap diganggu jiran wanita mereka (pelaku) selepas dia keluar dari hospital.
Saksi dilaporkan berkata serangan itu tidak diprovokasi dan bersifat kejam, lapor Straturka.
Cemile adalah seorang pendatang Turkiye menetap di Belanda sejak 57 tahun lalu dan serangan itu disifatkan bermotifkan perkauman oleh keluarga mangsa.
“Tolong bantu saya, apakah yang telah saya lakukan sehingga saya layak menerima ini? Saya telah berada di negara ini selama 57 tahun; Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini sehingga sekarang. Saya tidak boleh tidur pada waktu malam kerana ketakutan,” kata Cemile.
Insiden serangan ke atas wanita Muslim itu menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan pendatang dan kecukupan tindak balas polis terhadap jenayah kebencian. – The Merdeka Times