Antarabangsa
Enam tawanan warga Israel mati dalam terowong akibat serangan tentera zionis
Mayat enam tawanan warga Israel ditemui tentera rejim zionis di Gaza pada Selasa menunjukkan punca kematian akibat sesak nafas disebabkan kebocoran gas dalam terowong ekoran serangan tentera Israel, lapor agensi berita Anadolu.
- Mayat enam tawanan warga Israel ditemui tentera rejim zionis di Gaza pada Selasa menunjukkan punca kematian akibat sesak nafas disebabkan kebocoran gas dalam terowong ekoran serangan tentera Israel, lapor agensi berita Anadolu.
- Menurut akhbar Israel, Yedioth Ahronoth, para tawanan yang diculik dari Khan Younis di selatan Gaza itu dipercayai mati sesak nafas di dalam terowong di mana mereka ditahan.
- Kematian mereka dikaitkan dengan hasil serangan tentera Israel, menurut laporan harian itu, tanpa mendedahkan sumber penilaian tersebut.
- Akhbar itu mendakwa insiden itu berlaku kira-kira enam bulan lalu dalam satu serangan tentera Israel di Khan Younis oleh Divisyen ke-98.
- Bukti dikumpulkan dari tempat kejadian pada lewat Isnin dan Selasa menyokong penilaian awal yang masih dalam siasatan, katanya.
Mayat enam tawanan warga Israel ditemui tentera rejim zionis di Gaza pada Selasa menunjukkan punca kematian akibat sesak nafas disebabkan kebocoran gas dalam terowong ekoran serangan tentera Israel, lapor agensi berita Anadolu.
Menurut akhbar Israel, Yedioth Ahronoth, tawanan yang diculik dari Khan Younis di selatan Gaza itu dipercayai mati sesak nafas di dalam terowong di mana mereka ditahan.
Kematian mereka dikaitkan dengan hasil serangan tentera Israel, menurut laporan harian itu, tanpa mendedahkan sumber penilaian tersebut.
Akhbar itu mendakwa insiden itu berlaku kira-kira enam bulan lalu dalam satu serangan tentera Israel di Khan Younis oleh Divisyen ke-98.
Bukti dikumpulkan dari tempat kejadian pada lewat Isnin dan Selasa menyokong penilaian awal yang masih dalam siasatan, katanya.
Laporan itu mendakwa tentera Israel tidak menyasarkan secara langsung terowong tawanan yang ditahan, sebaliknya menyerang sasaran Hamas berdekatan lalu menyebabkan kebakaran dan pelepasan gas karbon dioksida yang mampu membunuh di dalam terowong berkenaan.
Beberapa pejuang Hamas yang bersenjatakan senapang Kalashnikov tanpa tanda-tanda kecederaan turut ditemui mati bersama tawanan Israel itu, kata laporan tersebut.
Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari ketika menjawab pertanyaan menyatakan, “insiden ini masih dalam siasatan”.
Tentera Israel dengan kerjasama agensi keselamatan Shin Bet pada Selasa mengumumkan penemuan mayat enam tawanan dari Khan Younis yang ditahan di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.
Penemuan mayat-mayat itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan keluarga tawanan Israel yang menyalahkan kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu atas kematian mereka dengan hujah rundingan segera dengan Hamas mungkin dapat mencegah tragedi tersebut. – The Merdeka Times