Connect with us

Antarabangsa

Rafah: Israel sasar tempat perlindungan dengan bom 2,000 paun

Israel menyasarkan sekurang-kurangnya 10 pusat penempatan berkaitan dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dalam tempoh 24 jam lalu, kata Pejabat Media Kerajaan di Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel menyasarkan sekurang-kurangnya 10 pusat penempatan berkaitan dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dalam tempoh 24 jam lalu, kata Pejabat Media Kerajaan di Gaza.
  • Al Jazeera pada Ahad melaporkan serangan ke atas Rafah dilakukan menggunakan tujuh bom seberat 2,000 paun (satu tan), membunuh sekurang-kurangnya 35 mangsa dengan kematian dijangka meningkat akibat serangan udara berterusan.
  • Dengan serangan terbaru ke atas Rafah, angka kematian serangan itu mencecah lebih 190 mangsa.
  • Pejabat Media Kerajaan di Gaza mengatakan tempat perlindungan yang menempatkan puluhan ribu penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak di Jabalia, Nuseirat, Gaza City dan Rafah telah diserang.

Israel menyasarkan sekurang-kurangnya 10 pusat penempatan berkaitan dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dalam tempoh 24 jam lalu, kata Pejabat Media Kerajaan di Gaza.

Al Jazeera pada Ahad melaporkan serangan ke atas Rafah dilakukan menggunakan tujuh bom seberat 2,000 paun (satu tan), membunuh sekurang-kurangnya 35 mangsa dengan kematian dijangka meningkat akibat serangan udara berterusan.

Dengan serangan terbaru ke atas Rafah, angka kematian serangan itu mencecah lebih 190 mangsa.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza mengatakan tempat perlindungan yang menempatkan puluhan ribu penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak di Jabalia, Nuseirat, Gaza City dan Rafah telah diserang.

Pejabat media berkenaan menganggap serangan itu sebagai “mesej jelas” Israel dan kerajaan Amerika Syarikat (AS) kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan masyarakat global bahawa “pembunuhan beramai-ramai terhadap orang yang kehilangan tempat tinggal dan kanak-kanak akan berterusan, bahawa melanggar undang-undang antarabangsa tidak akan berhenti”. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *