Connect with us

Antarabangsa

Halang Iran pertahankan diri, AS perlekeh undang-undang antarabangsa

Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat cuba menghalang Iran melaksanakan haknya untuk mempertahankan diri menunjukkan undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan AS.

Avatar

Published

on

Foto: Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias.
  • Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat cuba menghalang Iran melaksanakan haknya untuk mempertahankan diri menunjukkan undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan AS.
  • Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata ia juga menggambarkan hak asasi manusia hanyalah permainan geopolitik AS dan barat.
  • Beliau turut mempersoalkan tindakan AS dan sekutunya yang sama sekali tidak mengutuk serangan Israel ke bangunan konsulat Iran di Damsyik pada 1 April lalu.
  • “Apabila Israel bom kedutaan Iran, kenapa AS dan sekutunya tidak kutuk keganasan Israel dan nyatakan Iran ada hak untuk pertahankan diri (self defence)? Kenapa AS pula nak halang Iran dari melaksanakan haknya?,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Kuala Lumpur – Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat cuba menghalang Iran melaksanakan haknya untuk mempertahankan diri menunjukkan undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan AS.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata ia juga menggambarkan hak asasi manusia hanyalah permainan geopolitik AS dan barat.

“Nampak sangat undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan oleh AS.

“Nampak sangat hak asasi manusia adalah alat permainan geopolitik AS dan barat.

“Nampak sangat rakyat Pal*stn tiada nilai.

“Kalau Iran diserang kelak, percayalah rakyat Iran pun tiada nilai. Kalau genosid pun berlaku, AS dan barat akan tutup mata,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Beliau turut mempersoalkan tindakan AS dan sekutunya yang sama sekali tidak mengutuk serangan Israel ke bangunan konsulat Iran di Damsyik pada 1 April lalu.

“Apabila Israel bom kedutaan Iran, kenapa AS dan sekutunya tidak kutuk keganasan Israel  dan nyatakan Iran ada hak untuk pertahankan diri (self defence)? Kenapa AS pula nak halang Iran dari melaksanakan haknya?,” katanya.

Presiden AS, Joe Biden pada Sabtu mengutuk serangan Iran ke atas kemudahan ketenteraan di Israel selain menjanjikan tindak balas diplomatik G7 yang diselaraskan.

Katanya, tentera AS membantu Israel menembak jatuh hampir semua dron dan peluru berpandu dilancarkan Iran. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Lebih 35,400 maut di Gaza, Israel teruskan pembantaian di wilayah Palestin diduduki

Sekurang-kurangnya 35,456 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di wilayah Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata Kementerian Kesihatan wilayah terkepung itu pada Ahad.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 35,456 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di wilayah Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata Kementerian Kesihatan wilayah terkepung itu pada Ahad.
  • Kenyataan kementerian dipetik agensi berita Anadolu itu turut memberitahu bahawa 79,476 yang lain cedera akibat serangan itu.
  • “Serangan Israel membunuh 70 orang dan mencederakan 110 yang lain dalam tempoh dua puluh empat jam lalu,” kata kenyataan itu.
  • “Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” katanya.
  • Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas wilayah Palestin walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menuntut gencatan senjata segera diadakan.

Sekurang-kurangnya 35,456 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di wilayah Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata Kementerian Kesihatan wilayah terkepung itu pada Ahad.

Kenyataan kementerian dipetik agensi berita Anadolu itu turut memberitahu bahawa 79,476 yang lain cedera akibat serangan itu.

“Serangan Israel membunuh 70 orang dan mencederakan 110 yang lain dalam tempoh dua puluh empat jam lalu,” kata kenyataan itu.

“Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” katanya.

Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas wilayah Palestin walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menuntut gencatan senjata segera diadakan.

Lebih tujuh bulan dalam serangan Israel, kawasan Gaza yang luas dipenuhi kesan runtuhan kini dilumpuhkan dengan sekatan makanan, kekurangan air bersih dan ubat-ubatan.

Israel didakwa melakukan “genosid” di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, mahkamah itu mengarahkan Tel Aviv untuk memastikan tenteranya tidak melakukan genosid dan mengambil langkah menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending