Terkini
Tidak daftar PADU, data asas sedia ada akan digunakan – DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan menggunakan data asas sedia ada bagi individu yang tidak mendaftar di sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
- Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata data disimpan dalam sistem PADU akan memudahkan jabatan perangkaan membuat analisis dan bancian bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan, selain membantu kerajaan memperkenalkan polisi sesuai keperluan rakyat.
- Katanya, DOSM memerlukan data yang bersifat dinamik untuk menjalankan analisis dan bagi individu yang tidak mendaftar dengan sistem PADU, jabatan itu akan menggunakan data asas sedia ada.
- “Malah seperti yang kita uar-uarkan sebelum ini, sistem ini selamat digunakan dan data yang disimpan dalam sistem PADU juga selamat,” katanya dipetik BERNAMA pada Ahad.
KUALA LUMPUR — Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan menggunakan data asas sedia ada bagi individu yang tidak mendaftar di sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata data disimpan dalam sistem PADU akan memudahkan jabatan perangkaan membuat analisis dan bancian bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan, selain membantu kerajaan memperkenalkan polisi sesuai keperluan rakyat.
Katanya, DOSM memerlukan data yang bersifat dinamik untuk menjalankan analisis dan bagi individu yang tidak mendaftar dengan sistem PADU, jabatan itu akan menggunakan data asas sedia ada.
“Malah seperti yang kita uar-uarkan sebelum ini, sistem ini selamat digunakan dan data yang disimpan dalam sistem PADU juga selamat,” katanya dipetik BERNAMA pada Ahad.
Mohd Uzir berkata sejak sistem PADU dilancarkan pada 2 Januari lalu, ia terus berfungsi tanpa gangguan atau downtime sekalipun berdepan aliran trafik pendaftaran yang tinggi.
Beliau berkata antara bukti sistem berkenaan dibangunkan dengan baik apabila perkhidmatan pendaftaran dan proses kemas kini maklumat dapat dilakukan dengan lancar.
Pendaftaran sistem PADU tamat pada tengah malam tadi, di mana setakat 12 tengah hari semalam jumlah rakyat yang mendaftar meningkat kepada 10.8 juta iaitu bersamaan 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhan 21.96 juta warganegara berumur 18 tahun ke atas. — The Merdeka Times