Antarabangsa
Israel perlu tamatkan masalah di Gaza – Trump
Pendahulu calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menzahirkan sokongannya terhadap Israel dalam isu peperangan di Gaza.
- Pendahulu calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menzahirkan sokongannya terhadap Israel dalam isu peperangan di Gaza.
- Komennya berkenaan peperangan itu dilakukan dalam keadaan tekanan antarabangsa semakin meningkat ke atas Washington untuk mengekang sekutunya yang mana lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh berikutan serangan rejim zionis itu.
- “Ya,” jawab Trump apabila ditanya dalam wawancara Fox News sama ada dia berada “di kem Israel” dipetik The New Arab.
- Pewawancara kemudian bertanya sama ada bekas presiden itu “sehaluan” dengan cara Israel melaksanakan serangannya di Gaza dan dijawab Trump, “You’ve got to finish the problem (Israel kena tamatkan masalah ini)”.
- Presiden Joe Biden yang akan dicabar Trump pada November ini semakin mendapat kecaman peringkat antarabangsa, termasuk dalam kalangan kem Demokratnya sendiri.
Pendahulu calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menzahirkan sokongannya terhadap Israel dalam isu peperangan di Gaza.
Komennya berkenaan peperangan itu dilakukan dalam keadaan tekanan antarabangsa semakin meningkat ke atas Washington untuk mengekang sekutunya yang mana lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh berikutan serangan rejim zionis itu.
“Ya,” jawab Trump apabila ditanya dalam wawancara Fox News sama ada dia berada “di kem Israel” dipetik The New Arab.
Pewawancara kemudian bertanya sama ada bekas presiden itu “sehaluan” dengan cara Israel melaksanakan serangannya di Gaza dan dijawab Trump, “You’ve got to finish the problem (Israel kena tamatkan masalah ini)”.
Presiden Joe Biden yang akan dicabar Trump pada November ini semakin mendapat kecaman peringkat antarabangsa, termasuk dalam kalangan kem Demokratnya sendiri.
Ini berikutan sokongan berterusan Biden kepada Israel ketika angka kematian dan kebuluran di Gaza semakin meningkat.
Gerakan protes AS menggesa pengundi menghukum Biden pada pilihan raya atas sokongannya kepada Israel.
Dalam keadaan merosot ini, Israel kini menghadapi teguran tajam daripada sekutu utamanya iaitu Amerika Syarikat. – The Merdeka Times