Antarabangsa
Yazan Al-Kafarneh, kanak-kanak Gaza mati kurus kering akibat kebuluran
Sumber perubatan pada Isnin melaporkan jumlah kanak-kanak maut akibat malnutrisi (kurang zat akibat kebuluran) dan tidak cukup rawatan di Gaza mencecah 16 orang berikutan kematian seorang kanak-kanak di Hospital Abu Yousef Al-Najjar di Rafah.

- Sumber perubatan pada Isnin melaporkan jumlah kanak-kanak maut akibat malnutrisi (kurang zat akibat kebuluran) dan tidak cukup rawatan di Gaza mencecah 16 orang berikutan kematian seorang kanak-kanak di Hospital Abu Yousef Al-Najjar di Rafah.
- Yazan Al-Kafarneh, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun sebelum ini diselamatkan dari runtuhan, meninggal dunia akibat malnutrisi.
- Yazan yang dalam keadaan kritikal cuba diselamatkan pihak hospital, tetapi mati akibat kekurangan oksigen dan makanan di Gaza.
Sumber perubatan pada Isnin melaporkan jumlah kanak-kanak maut akibat malnutrisi (kurang zat akibat kebuluran) dan tidak cukup rawatan di Gaza mencecah 16 orang berikutan kematian seorang kanak-kanak di Hospital Abu Yousef Al-Najjar di Rafah.
Pada Ahad, Hospital Kamal Adwan di utara Gaza menyatakan 15 kanak-kanak meninggal dunia akibat malnutrisi dan dehidrasi, dengan enam lagi dalam keadaan kritikal, lapor Al-Mamlaka TV dipetik Jordan News.
Petugas kemanusiaan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut beri amaran pada sesi Majlis Keselamatan PBB pada Selasa lalu bahawa lebih sejuta penduduk Gaza kini di ambang kebuluran.
Agensi PBB iaitu UNICEF pula melaporkan satu daripada enam kanak-kanak bawah umur dua tahun di Gaza mengalami malnutrisi akut.
Dalam konteks itu, Yazan Al-Kafarneh, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang sebelum ini diselamatkan dari runtuhan, meninggal dunia akibat malnutrisi.
Yazan yang dalam keadaan kritikal cuba diselamatkan pihak hospital, tetapi mati akibat kekurangan oksigen dan makanan di Gaza. – The Merdeka Times
