Antarabangsa
Pam air laut ke terowong, Biden tidak dapat sahkan keselamatan tawanan zionis
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tidak dapat mengesahkan status keselamatan tawanan zionis susulan tindakan tentera pengganas Israel yang mula mengepam air laut ke dalam terowong yang didakwa digunakan pejuang Hamas di Gaza.
- Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tidak dapat mengesahkan status keselamatan tawanan zionis susulan tindakan tentera pengganas Israel yang mula mengepam air laut ke dalam terowong yang didakwa digunakan pejuang Hamas di Gaza.
- Menjawab soalan media, Biden berkata pihaknya tidak mengetahui sejauh mana kebenaran maklumat yang menyatakan tiada tawanan zionis dalam terowong-terowong itu.
- “Berkenaan dengan (idea) membanjiri terowong… Memang (ada pernyataan) bahawa tiada tebusan-tebusan dalam terowong-terowong, tetapi saya tidak mengetahuinya dengan pasti,” kata Biden dipetik The Times of Israel.
- Wall Street Journal semalam melaporkan langkah membanjiri terowong dengan air laut itu adalah sebahagian strategi meluas rejim Israel untuk memusnahkan terowong.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tidak dapat mengesahkan status keselamatan tawanan zionis susulan tindakan tentera pengganas Israel yang mula mengepam air laut ke dalam terowong yang didakwa digunakan pejuang Hamas di Gaza.
Menjawab soalan media, Biden berkata pihaknya tidak mengetahui sejauh mana kebenaran maklumat yang menyatakan tiada tawanan zionis dalam terowong-terowong itu.
“Berkenaan dengan (idea) membanjiri terowong… Memang (ada pernyataan) bahawa tiada tebusan-tebusan dalam terowong-terowong, tetapi saya tidak mengetahuinya dengan pasti,” kata Biden dipetik The Times of Israel.
Semalam, dalam taklimat mengenai operasi ketenteraan Israel, Wall Street Journal melaporkan langkah membanjiri terowong dengan air laut itu adalah sebahagian strategi meluas rejim Israel untuk memusnahkan terowong.
Usaha itu bagaimanapun dikatakan masih di peringkat awal.
Menurut pegawai AS, sistem terowong sejauh 300 batu dan penggunaan pintu letupan tebal itu sedang dinilai Israel.
Katanya, proses mengepam air laut yang dijangka dilakukan beberapa minggu, bermula serentak dengan pemasangan dua pam tambahan oleh Israel daripada lima yang dipasang pada bulan lalu.
Langkah itu mendapat kritikan banyak pihak kerana ia dikatakan akan mewujudkan malapetaka alam sekitar dan memburukkan lagi keadaan air tawar di Gaza. – The Merdeka Times