Connect with us

Terkini

Hambur kata-kata rasis dan Islamofobik, bekas pegawai penasihat Obama ditahan polis

Bekas pegawai penasihat Barack Obama Stuart Seldowitz yang ditahan polis didedahkan turut pernah mengganggu pegawai-pegawai diplomat wanita Russia dengan bertanya adakah mereka ‘salah seorang pelacur Putin’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Hambur kata-kata rasis dan Islamofobik, bekas pegawai penasihat Obama ditahan polis
Foto: Bekas Pegawai Penasihat Barack Obama, Stuart Seldowitz.
  • Bekas pegawai penasihat Barack Obama Stuart Seldowitz yang ditahan polis didedahkan turut pernah mengganggu pegawai-pegawai diplomat wanita Russia dengan bertanya adakah mereka ‘salah seorang pelacur Putin’.
  • Penahanan Seldowitz pada Rabu lalu atas tindakannya menghamburkan kata-kata Islamofobik kepada peniaga jalanan Muslim kini disusuli gangguan ke atas pegawai-pegawai diplomat Russia selama lebih setahun, demikian lapor The Grayzone.
  • Duta Russia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dmitry Polyanskiy memberitahu saluran berita itu bahawa dia dan pasukannya ‘diserang selama lebih setahun dan tidak dapat mengenal pasti siapa dirinya’.
  • “Dia gigih (mengganggu) dan (melakukan serangan) peribadi. Itu masalahnya,” kata Dmitry.
  • “Kami tiada masalah dengan seseorang itu meluahkan kebimbangan atau tidak bersetuju dengan polisi kami, Tetapi bila ia mula (berbentuk serangan) peribadi dan seseorang itu benar-benar mengganggu, mengintai wanita, menghina mereka, katakan mereka ‘pelacur’ dan sebagainya, ini satu perkara yang kami tidak boleh terima,” kata Dmitry kepada The Grayzone.

Bekas pegawai penasihat Barack Obama Stuart Seldowitz yang ditahan polis didedahkan turut pernah mengganggu pegawai-pegawai diplomat wanita Russia dengan bertanya adakah mereka ‘salah seorang pelacur Putin’.

Penahanan Seldowitz pada Rabu lalu atas tindakannya menghamburkan kata-kata Islamofobik kepada peniaga jalanan Muslim kini disusuli gangguan ke atas pegawai-pegawai diplomat Russia selama lebih setahun, demikian lapor The Grayzone.

Duta Russia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dmitry Polyanskiy memberitahu saluran berita itu bahawa dia dan pasukannya ‘diserang selama lebih setahun dan tidak dapat mengenal pasti siapa dirinya’.

“Dia gigih (mengganggu) dan (melakukan serangan) peribadi. Itu masalahnya,” kata Dmitry.

“Kami tiada masalah dengan seseorang itu meluahkan kebimbangan atau tidak bersetuju dengan polisi kami, Tetapi bila ia mula (berbentuk serangan) peribadi dan seseorang itu benar-benar mengganggu, mengintai wanita, menghina mereka, katakan mereka ‘pelacur’ dan sebagainya, ini satu perkara yang kami tidak boleh terima,” kata Dmitry kepada The Grayzone.

Di dalam video dikongsikan The Grayzone, Seldowitz dilihat menyerang secara lisan seorang individu yang berehat merokok di luar bangunan Misi Russia ke PBB.

Dia bertindak merujuk rakan sekerja wanita individu itu dengan gelaran “pelacur,” kemudian mendekatinya dan bertanya, “adakah kamu salah seorang pelacur Putin?”

Menurut Dmitry, NYPD tidak menghentikan tindakan Seldowitz atau membantu kumpulan diplomatik itu mengenal pasti pengganggu bersiri itu dan mengabaikannya atas alasan kebebasan bersuara.  

Terdahulu, sebuah video tular di platform X, memperlihatkan Seldowitz menghamburkan kata-kata rasis dan Islamofobik serta menghina Nabi Muhammad SAW dalam insiden membabitkan penjaja Muslim di New York.

Menerusi video tersebut, Seldowitz turut dilihat memprovokasi penjaja terbabit dengan menunjukkan butang lakaran bendera pengganas Israel dipercayai sebagai tanda solidariti kepada rejim pengganas itu.

Sumber: The Gray Zone, The Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *