Terkini
Individu pakai lambang berkaitan konflik Israel-Hamas boleh dihukum penjara di Singapura
Pemakaian atau pemaparan lambang negara asing secara terbuka berkaitan konflik Israel-Hamas tanpa permit adalah satu kesalahan, demikian larangan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura.
- Pemakaian atau pemaparan lambang negara asing secara terbuka berkaitan konflik Israel-Hamas tanpa permit adalah satu kesalahan, demikian larangan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura.
- MHA dalam kenyataan media nasihat (advisory) berhubung perkara itu semalam berkata, pihak berbuat demikian boleh didenda maksimum $500 atau dihukum penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan di bawah Akta Lambang Negara Asing (Kawalan Paparan) 1949.
- MHA menjelaskan undang-undang itu terpakai kepada semua lambang negara asing, termasuk bendera atau sepanduk mana-mana negeri, manakala pelancong yang memakai pakaian berkaitan boleh dinafikan kemasukan ke Singapura.
- “Khususnya, mempromosi atau menyokong keganasan melalui pemaparan pakaian atau kelengkapan yang membawa logo kumpulan pengganas atau militan, seperti Hamas atau sayap tenteranya (iaitu) Briged Al-Qassam, tidak akan dimaafkan,” kata kenyataan MHA itu.
SINGAPURA – Pemakaian atau pemaparan lambang negara asing secara terbuka berkaitan konflik Israel-Hamas tanpa permit adalah satu kesalahan, demikian larangan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura.
MHA dalam kenyataan media nasihat (advisory) berhubung perkara itu semalam berkata, pihak berbuat demikian boleh didenda maksimum $500 atau dihukum penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan di bawah Akta Lambang Negara Asing (Kawalan Paparan) 1949.
MHA menjelaskan undang-undang itu terpakai kepada semua lambang negara asing, termasuk bendera atau sepanduk mana-mana negeri, manakala pelancong memakai pakaian berkaitan boleh dinafikan kemasukan ke Singapura.
“Khususnya, mempromosi atau menyokong keganasan melalui pemaparan pakaian atau kelengkapan yang membawa logo kumpulan pengganas atau militan, seperti Hamas atau sayap tenteranya (iaitu) Briged Al-Qassam, tidak akan dimaafkan,” kata kenyataan MHA itu.
MHA berkata pihaknya sedar pakaian dan kelengkapan yang memaparkan lambang negara asing berkaitan perang yang sedang berlangsung kini sedang giat dijual atas talian.
Kenyataan itu berkata konflik Israel-Hamas yang berterusan adalah isu emosi, justeru MHA menasihati orang ramai supaya tidak mempamerkan dan memakai barangan yang berkaitan konflik itu.
Bagi yang ingin membantu mereka yang terjejas akibat konflik itu, MHA berkata mereka boleh menyumbang melalui pengumpulan dana yang menyokong usaha bantuan kemanusiaan.
MHA berkata badan amal tempatan Singapura yang mempunyai permit untuk mengumpul dana untuk tujuan amal asing termasuk Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (Keberkatan buat semua) atau RLAF. – The Merdeka Times
Sumber: MHA