Terkini
Anwar Ibrahim ‘lega’ Najib disabitkan kesalahan
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

- “Jadi sekarang ada perasaan lega, tetapi saya nak ucapkan selain daripada penghargaan kepada hakim-hakim yang berani dan berwibawa tunduk kepada fakta dan hukum bukan tunduk kepada kuasa politik” -Ketua Parti Pembangkang.
- Keputusan PRU yang dibuat pada 2018 memastikan badan kehakiman bebas dan negara dibersihkan daripada rasuah.
- “Tetapi ingatlah rakyat bila memutuskan dengan bijak, anak muda boleh menentukan masa depan mereka maka suasana dan iklim politik boleh berubah,” – Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Keputusan ini membuktikan rakyat itu berkuasa dan telah membuat satu keputusan untuk memastikan badan kehakiman bebas dan bersihkan negara daripada rasuah.
“Kita hormat keputusan Mahkamah Persekutuan bersabit kes Datuk Seri Najib Tun Razak, ini membuktikan rakyat itu berkuasa, rakyat membuat keputusan pada tahun 2018 untuk memastikan badan kehakiman bebas dan bersihkan negara dari rasuah,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebook pada selasa.
Beliau berkata keputusan rakyat membolehkan pendakwaan yang profesional dan ketegasan serta keberanian badan kehakiman membuat keputusan mengikut fakta dan hukum bukan mengikut telunjuk politik pihak yang berkuasa seperti mana yang dialami puluhan tahun.
“Jadi sekarang ada perasaan lega, tetapi saya nak ucapkan selain daripada penghargaan kepada hakim-hakim yang berani dan berwibawa tunduk kepada fakta dan hukum bukan tunduk kepada kuasa politik.
“Tetapi ingatlah rakyat bila memutuskan dengan bijak, anak muda boleh menentukan masa depan mereka maka suasana dan iklim politik boleh berubah,” katanya.
Mahkamah Persekutuan pada selasa menolak rayuan akhir Najib bagi mengetepikan sabitan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM 210 juta yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.
Keputusan itu dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama lima panel hakim yang sebulat suara membuat keputusan selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

You must be logged in to post a comment Login