Connect with us

Antarabangsa

Hentikan prank pecah telur di kepala anak-anak – Pakar Perubatan

Video prank viral di mana ibu bapa merakamkan perbuatan memecahkan telur di kepala anak-anak mereka sedang hangat di Tik Tok, namun pakar perubatan memberi amaran perbuatan itu tidak sepadan dengan risiko bahaya akibat aksi itu.  

WhatsApp
Facebook0
Twitter
saidanisa10

Published

on

Hentikan prank pecah telur di kepala anak-anak – Pakar Perubatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Video prank viral di mana ibu bapa merakamkan perbuatan memecahkan telur di kepala anak-anak mereka sedang hangat di Tik Tok, namun pakar perubatan memberi amaran perbuatan itu tidak sepadan dengan risiko bahaya akibat aksi itu.  
  • Video menggunakan hastag #eggprank itu menunjukkan aksi ibu bapa dengan anak kecil di dapur. 
  • Walaupun reaksi daripada kanak-kanak yang ditunjukkan itu berbeza-beza, ramai dilihat menangis dan kelihatan kecewa. 
  • Tanpa berfikiran negatif terhadap tindakan ibu bapa itu, beberapa pakar perubatan memberitahu NBC News bahawa gurauan itu mungkin mempunyai kesan jangka pendek tidak diingini seperti lebam di kepala atau menyebarkan kuman dari telur. 
  • Tidak jelas dari mana asal gurauan itu dan beberapa bulan lalu video yang menunjukkan aksi prank telur orang dewasa kepada orang dewasa yang lain, turut tular di platform media sosial itu.

Video prank viral di mana ibu bapa merakamkan perbuatan memecahkan telur di kepala anak-anak mereka sedang hangat di Tik Tok, namun pakar perubatan memberi amaran perbuatan itu tidak sepadan dengan risiko bahaya akibat aksi itu.  

Video menggunakan hastag #eggprank itu menunjukkan aksi ibu bapa dengan anak kecil di dapur. 

Ibu bapa akan mengambil telur mentah dan memberitahu anak mereka untuk memecahkannya, tetapi daripada memecahkannya di kuali dan mangkuk, mereka malah memecahkannya pada kepala anak sebelum menuang telur ke dalam mangkuk atau kuali. 

Walaupun reaksi daripada kanak-kanak yang ditunjukkan itu berbeza-beza, ramai dilihat menangis dan kelihatan kecewa. 

Ada di antara anak-anak yang pergi dan ada juga membalas kembali tindakan itu  kepada ibu bapa mereka. 

Tanpa berfikiran negatif terhadap tindakan ibu bapa itu, beberapa pakar perubatan memberitahu NBC News bahawa gurauan itu mungkin mempunyai kesan jangka pendek tidak diingini seperti lebam di kepala atau menyebarkan kuman dari telur. 

“Saya bukan peminat besar prank ini dan ia bukan sesuatu yang bermanfaat kepada kanak-kanak dalam apa jua cara, sejujurnya saya rasa ia tidak menghiburkan,”kata doktor perubatan kecemasan kanak-kanak di Johns Hopkins All Children’s Hospital, Dr Meghan Martin.

Pakar perubatan kanak-kanak itu juga yang mempunyai 1.3 juta pengikut di platform Tik Tok. 

Tidak jelas dari mana asal gurauan itu dan beberapa bulan lalu video yang menunjukkan aksi prank telur orang dewasa kepada orang dewasa yang lain, turut tular di platform media sosial itu. 

Sumber: NBC News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *