Antarabangsa
Pengguna X Blue perlu serah swafoto, ID kepada syarikat perisian Israel
X, platform media sosial yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, kini memerlukan pengguna X Blue menyerahkan swafoto dan kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan untuk dikendalikan syarikat perisian Israel.
- X, platform media sosial yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, kini memerlukan pengguna X Blue menyerahkan swafoto dan kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan untuk dikendalikan syarikat perisian Israel.
- Maklumat peribadi pengguna dalam proses pengesahan identiti itu akan dikendalikan syarikat perisian Israel, AU10TIX, yang akan menyimpan maklumat tersebut dalam 30 hari, demikian lapor Al Jazeera.
- X turut menjelaskan data yang dikumpulkan akan digunakan bagi tujuan keselamatan dan langkah mengekang penyamaran.
- Ramai pengguna platform media sosial itu menzahirkan rasa tidak senang apabila syarikat itu memilih sebuah syarikat penyimpanan data pengguna yang pekerjanya dikaitkan dengan kumpulan perisikan Israel.
X, platform media sosial yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, kini memerlukan pengguna X Blue menyerahkan swafoto dan kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan untuk dikendalikan syarikat perisian Israel.
Maklumat peribadi pengguna dalam proses pengesahan identiti itu akan dikendalikan syarikat perisian Israel, AU10TIX, yang akan menyimpan maklumat tersebut dalam 30 hari, demikian lapor Al Jazeera.
X turut menjelaskan data yang dikumpulkan akan digunakan bagi tujuan keselamatan dan langkah mengekang penyamaran.
Ramai pengguna platform media sosial itu menzahirkan rasa tidak senang apabila syarikat itu memilih sebuah syarikat penyimpanan data pengguna yang pekerjanya dikaitkan dengan kumpulan perisikan Israel.
Pengguna lain turut menzahirkan rasa tidak selesa maklumat peribadi mereka didedahkan kepada pihak lain kerana banyaknya kes pelanggaran data dilaporkan sebelum ini.
Sebelum ini AU10TIX meluaskan bidang perniagaannya dalam “digital spaces” (internet) pada 2002.
Syarikat itu membantu membangunkan sistem verifikasi identiti di lapangan terbang dan kawalan sempadan sejak 1980-an dan 90-an dan kini memegang klien berprofil tinggi seperti Uber, PayPal dan Google.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Elon Musk, pada Julai lalu, menyatakan hasratnya mengubah logo Twitter daripada simbol burung biru kepada huruf “X”.
Ia antara keputusan terbesar Elon sejak mengambil alih pemilikan platform media sosial itu pada harga AS$44 bilion tahun lalu.
Sumber: Al Jazeera