Connect with us

Terkini

Henti bantuan negeri pembangkang bertentangan semangat federalisme – MB Perlis

Semua pihak perlu terus menjunjung semangat federalisme dan demokrasi dengan mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira parti.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Henti bantuan negeri pembangkang bertentangan semangat federalisme – MB Perlis
Foto: Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli (tengah).
  • Semua pihak perlu terus menjunjung semangat federalisme dan demokrasi dengan mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira parti.
  • Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, ‘perang’ sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) telah berakhir dan keputusan dibuat rakyat di enam negeri terlibat perlu dihormati.
  • Katanya, ia adalah bagi meraikan proses demokrasi di negara ini.
  • “Kita berpolitik semasa pilihan raya dan sekarang kita harus menumpukan kepada kebajikan rakyat tanpa mengira mana-mana parti,” katanya ketika ditemui di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini semalam.

KANGAR – Semua pihak perlu terus menjunjung semangat federalisme dan demokrasi dengan mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira parti.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, ‘perang’ sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) telah berakhir dan keputusan dibuat rakyat di enam negeri terlibat perlu dihormati.

Katanya, ia adalah bagi meraikan proses demokrasi di negara ini.

“Kita berpolitik semasa pilihan raya dan sekarang kita harus menumpukan kepada kebajikan rakyat tanpa mengira mana-mana parti,” katanya ketika ditemui di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini semalam.

Kata beliau, cadangan yang dilontarkan pihak tertentu agar kerajaan Pusat menghentikan bantuan kepada kerajaan negeri pembangkang bertentangan dengan semangat federalisme.

Sumber: Kosmo

Author