Antarabangsa
Kes anti-Islam, Islamophobik naik dua kali ganda dalam sedekad – Tell Mama
Laporan kebencian anti-Muslim yang direkodkan organisasi pemantau Measuring Anti-Muslim Attacks (Tell Mama) United Kingdom (UK) menunjukkan kenaikan kes lebih dua kali ganda dalam tempoh sedekad.
- Laporan kebencian anti-Muslim yang dilaporkan organisasi pemantau Measuring Anti-Muslim Attacks (Tell Mama) United Kingdom (UK) telah menunjukkan kenaikan kes lebih dua kali ganda dalam tempoh sedekad.
- Tell Mama mendedahkan peningkatan kes kebencian anti-Muslim tahunan yang konsisten, dari 584 kiraan kes pada 2012 kepada 1,212 kes pada tahun 2021 yang lalu.
- Sokongan dari Tell Mama dengan penerimaan lebih 16,000 kes anti-Islam yang dilaporkan dalam bentuk permusuhan atau ketaksuban semenjak 2012 juga telah dilaporkan, termasuk pemberian bantuan kepada 20,000 individu yang terlibat membuat laporan.
- Kajian Tell Mama juga mendedahkan adanya perkaitan waktu dengan kes besar yang berlaku di luar talian (offline) sekitar 2016, 2017, dan 2019, contohnya seperti serangan pengganas di UK, Christchurch, New Zealand, dan akibat daripada referendum Brexit ketika itu.
Laporan kebencian anti-Muslim yang direkodkan organisasi pemantau Measuring Anti-Muslim Attacks (Tell Mama) United Kingdom (UK) menunjukkan kenaikan kes lebih dua kali ganda dalam tempoh sedekad.
Tell Mama mendedahkan peningkatan kes kebencian anti-Muslim tahunan yang konsisten, dari 584 kiraan kes pada 2012 kepada 1,212 kes pada 2021.
Sejak 2012, Tell Mama menyampaikan sokongan kepada lebih 16,000 kes anti-Islam dalam bentuk permusuhan atau ketaksuban yang dilaporkan, termasuk pemberian bantuan kepada 20,000 individu yang terlibat dalam membuat laporan itu.
Kajian Tell Mama juga mendedahkan adanya perkaitan waktu dengan kes besar yang berlaku di luar talian (offline) sekitar 2016, 2017 dan 2019, contohnya seperti serangan pengganas di UK, serangan pengganas di Christchurch, New Zealand dan impak referendum Brexit ketika itu.
Pengarah Tell Mama, Iman Atta berkata perkongsian data itu adalah supaya ianya diberi perhatian, dipantau dengan teliti dan apabila kebencian dipamerkan ke atas Muslim, ia dapat ditangani.
“Kami telah menghasilkan salah satu kajian paling komprehensif di UK, dengan nombor kes sebenar dan klasifikasi insiden kebencian anti-Muslim yang menjangkau sedekad, dari 2012 hingga 2022. Kompilasi ini menandakan komitmen tidak berbelah bahagi selama sedekad untuk membantu, menyokong dan memastikan umat Islam British mendapat keadilan,” katanya dipetik S2J News.
Iman turut menekankan keperluan menghadapi ancaman itu dengan penekanan bahawa mencabar dan menentang sikap kebencian anti-Muslim amat diperlukan dalam memupuk keharmonian dan perpaduan masyarakat.
Sumber: S2J NEWS