Connect with us

Terkini

Menantu Muhyiddin nafi melarikan diri 

Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan beliau tidak melarikan diri daripada pihak berkuasa negara ini dan akan pulang untuk membantu siasatan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Menantu Muhyiddin nafi melarikan diri 
Foto: Menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.
  • Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan beliau tidak melarikan diri daripada pihak berkuasa negara ini dan akan pulang untuk membantu siasatan.
  • Muhammad Adlan menegaskan beliau meninggalkan Malaysia secara sah dan tidak pernah ditangkap atau dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • Beliau membuat penegasan itu menerusi kenyataan dikeluarkan peguamnya, Datuk Baljit Singh Sidhu, hari ini.
  • Peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, anak guamnya yang sudah memberikan tarikh kembali ke tanah air, terkesan dengan tindakan SPRM ‘memburu’ dan menuding jari terhadapnya sehingga merugikan beliau.
  • “Anak guam kami menyatakan beliau pasti akan pulang ke Malaysia secepat mungkin untuk menjawab semua persoalan dan membantu SPRM dalam sebarang siasatan selagi mana tiada unsur ancaman dan penganiayaan terhadapnya,” kata Datuk Baljit Singh. 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan beliau tidak melarikan diri daripada pihak berkuasa negara ini dan akan pulang untuk membantu siasatan.

Muhammad Adlan menegaskan beliau meninggalkan Malaysia secara sah dan tidak pernah ditangkap atau dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau membuat penegasan itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan peguamnya, Datuk Baljit Singh Sidhu, hari ini.

Baljit Singh berkata, Muhammad Adlan pernah dihubungi pegawai SPRM dan menjawab secara bertulis melalui surat bertarikh 3 Jun lalu dengan menyatakan beliau akan keluar negara bagi urusan dan akan kembali selepas hal itu selesai.

Beliau berkata, anak guamnya yang sudah memberikan tarikh kembali ke tanah air, terkesan dengan tindakan SPRM ‘memburu’ dan menuding jari terhadapnya sehingga merugikan beliau.

Katanya, sehingga kini Muhammad Adlan tidak menerima jawapan rasmi daripada SPRM.

“Anak guam kami secara mutlak, menyatakan beliau tidak bersalah dan berhak untuk tidak dibicarakan di mahkamah umum oleh mana-mana agensi penguatkuasaan. Beliau bersedia membantu sebarang siasatan dan percaya kepada proses kehakiman tetapi pada masa sama, ia perlu melindungi hak dan kebebasannya mengikut undang-undang.

“Anak guam kami menyatakan bahawa beliau pasti akan pulang ke Malaysia secepat mungkin untuk menjawab semua persoalan dan membantu SPRM dalam sebarang siasatan selagi mana tiada unsur ancaman dan penganiayaan terhadapnya.

“Anak guam kami juga ingin menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak memulakan tindakan yang perlu untuk melindungi, memelihara dan membela haknya seperti yang termaktub dalam perlembagaan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *