Antarabangsa
Dokumentari ‘What is a Woman?’ raih lebih 186 juta tontonan di Twitter
Dokumentari ‘What is a Woman?’ (Apakah itu seorang wanita?)yang diulang ciap pemilik platform Twitter, Elon Musk pada bulan lalu mendapat 186 juta tontonan dengan lebih 184,000 perkongsian di laman media sosial itu.

- Dokumentari ‘What is a Woman?’ (Apakah itu seorang wanita?) yang diulang ciap pemilik platform Twitter, Elon Musk pada bulan lalu mendapat 186 juta tontonan dengan lebih 184,000 perkongsian di laman media sosial itu.
- Saranan ringkas Elon yang dikepil bersama perkongsiannya pada 2 Jun itu adalah: “setiap ibu bapa harus menontonnya”.
- Perbincangan diketengahkan video itu berkait ideologi songsang dan transgender Amerika Syarikat (AS) yang semakin melarat.
- Kajian dan tinjauan itu bukan saja berjaya meraih perhatian pengikut dan penyokong yang sehaluan dengannya tetapi juga kritikan dan debat dalam kalangan mereka berbeza pendapat.
Dokumentari ‘What is a Woman?’ (Apakah itu seorang wanita?)yang diulang ciap pemilik platform Twitter, Elon Musk pada bulan lalu mendapat 186 juta tontonan dengan lebih 184,000 perkongsian di laman media sosial itu.
Saranan ringkas Elon yang dikepil bersama perkongsiannya pada 2 Jun itu adalah: “setiap ibu bapa harus menontonnya”.
Perbincangan diketengahkan video itu berkait ideologi songsang dan transgender Amerika Syarikat (AS) yang semakin melarat.
Video berdurasi sejam 35 minit terbitan Daily Wire itu menampilkan pengulas politik konservatif AS, Matt Walsh.
Dokumentari itu memaparkan Matt yang turun padang bertanyakan orang awam daripada pelbagai latar belakang, termasuk golongan profesional mengenai soalan “apakah itu seorang wanita?”.

Foto: Tangkap layar Matt Walsh dengan seorang ahli politik dalam dokumentari “What is a woman?”.
Terdahulu, dokumentari yang pada awalnya disekat oleh Twitter atas sebab salah lafaz kata nama dua individu di dalam video itu diabaikan sama sekali apabila Elon sendiri yang mengesyorkan dokumentari itu ditonton.
Matt dalam dokumentari itu menemubual pakar bedah khusus dalam pembedahan perubahan jantina, ahli politik, pakar pediatrik, profesor kajian jantina, pakar psikiatri, ahli suku Maasai dan golongan transgender.
Kajian dan tinjauan yang dijalankan berjaya meraih perhatian pengikut serta penyokong nilai kekeluargaan yang ditampilkan Matt dalam dokumentari yang di kendalikannya itu.
Sumber: Twitter Daily Wire, Elon Musk
