Connect with us

Antarabangsa

90 peratus keluarga di Lubnan tiada wang beli barang keperluan

Tabung kanak-kanak PBB (UNICEF), pada 20 Jun mengumumkan hampir sembilan daripada sepuluh keluarga di Lubnan tidak mempunyai wang untuk membeli barang keperluan. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

90 peratus keluarga di Lubnan tiada wang beli barang keperluan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tabung kanak-kanak PBB (UNICEF), pada 20 Jun mengumumkan hampir sembilan daripada sepuluh keluarga di Lubnan tidak mempunyai wang untuk membeli barang keperluan. 
  • UNICEF melaporkan 15 peratus isi rumah menghentikan pendidikan anak-anak dan nilai itu meningkat 10 peratus berbanding tahun lepas.
  • Dengan krisis sosio-ekonomi, semakin banyak keluarga di Lubnan terpaksa menghantar anak-anak mereka, seawal usia enam tahun, turun bekerja untuk meneruskan hidup. 
  • Krisis itu juga menjejaskan situasi pelarian Syria di Lubnan dengan satu daripada empat keluarga Syria, turut menghantar anak mereka keluar untuk bekerja.

Tabung kanak-kanak PBB (UNICEF), pada 20 Jun mengumumkan hampir sembilan daripada sepuluh keluarga di Lubnan tidak mempunyai wang untuk membeli barang keperluan. 

Agensi PBB itu menambah hasil tinjauan dijalankan awal tahun ini juga menunjukkan ramai keluarga, “hampir tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka walaupun perbelanjaan dikurangkan secara drastik”.

Dengan krisis sosio-ekonomi, semakin banyak keluarga di Lubnan terpaksa menghantar anak-anak mereka, seawal usia enam tahun, untuk turun bekerja bagi meneruskan hidup. 

UNICEF melaporkan 15 peratus isi rumah menghentikan pendidikan anak-anak dan nilai itu meningkat 10 peratus berbanding tahun lepas.

52 peratus pula dilaporkan mengurangkan perbelanjaan pendidikan mereka berbanding nilai 38 peratus setahun yang lalu.

Perkara itu disebabkan krisis ekonomi yang berterusan dan semakin membarah di Lubnan dalam empat tahun berturut-turut.

Wakil UNICEF di Lubnan, Edouard Beigbeder berkata, “penggandaan krisis dihadapi anak-anak Lubnan mewujudkan situasi tidak tertanggung, ia mematahkan semangat mereka, menjejaskan kesihatan mental mereka dan mengancam harapan untuk masa depan yang lebih baik”.

Krisis itu juga menjejaskan situasi pelarian Syria di Lubnan dengan satu daripada empat keluarga Syria, turut menghantar anak mereka keluar untuk bekerja.

Sumber: Middle East Monitor

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *