Connect with us

Terkini

Perluas peranan JAKIM, pengiktirafan buat jabatan berkenaan – Menteri Agama

Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperluas peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) satu pengiktirafan bagi fungsi dan peranan semasa jabatan itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perluas peranan JAKIM, pengiktirafan buat jabatan berkenaan – Menteri Agama
Foto: Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kiri) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperluas peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) satu pengiktirafan bagi fungsi dan peranan semasa jabatan itu.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata komitmen ini membuktikan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar memberikan medan lebih luas kepada jabatan berkenaan memainkan peranan dalam pembangunan negara.
  • “Kerajaan Perpaduan meletakkan hala tuju dan agenda yang jelas mengenai pembangunan Islam dalam pentadbiran negara. Sekarang ini menjadi cabaran kepada pengurusan Jakim untuk menyahut cabaran yang diberikan pucuk pimpinan negara kepada Jakim.
  • “Islam adalah cara hidup justeru Perdana Menteri melihat bahawa peranan Jakim perlu diperluaskan lagi merentasi fungsi-fungsinya yang tradisi dan perlu merentasi bidang-bidang yang lebih luas dan memberikan impak signifikan kepada pembangunan negara,” katanya kepada BERNAMA semalam

KUALA LUMPUR — Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperluas peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) satu pengiktirafan bagi fungsi dan peranan semasa jabatan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata komitmen ini membuktikan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar memberikan medan lebih luas kepada jabatan berkenaan memainkan peranan dalam pembangunan negara.

“Kerajaan Perpaduan meletakkan hala tuju dan agenda yang jelas mengenai pembangunan Islam dalam pentadbiran negara. Sekarang ini menjadi cabaran kepada pengurusan Jakim untuk menyahut cabaran yang diberikan pucuk pimpinan negara kepada Jakim.

“Islam adalah cara hidup justeru Perdana Menteri melihat bahawa peranan Jakim perlu diperluaskan lagi merentasi fungsi-fungsinya yang tradisi dan perlu merentasi bidang-bidang yang lebih luas dan memberikan impak signifikan kepada pembangunan negara,” katanya kepada Bernama. 

Ahad lepas, Anwar berkata Kerajaan Persekutuan mahu peranan Jakim diperluas termasuk dalam membantu melakar rangka dasar pembangunan negara berteraskan Malaysia MADANI.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata Jakim pada masa ini sedang merangka struktur pelaksanaan pengembangan peranannya antaranya untuk memberikan tumpuan kepada penterjemahan aplikasi Maqasid Syariah dan nilai-nilai Islam bersama pelbagai agensi dalam dasar-dasar kerajaan.

“Ini termasuk penekanan dan tumpuan ditujukan kepada pendekatan fungsional dan aktualisasi yang strategik dalam pelbagai aspek kehidupan berasaskan kepentingan dan orientasi maslahah rakyat, dan tidak terhenti kepada perbahasan konsep dan retorik teori semata-mata,” katanya. 

Katanya, JAKIM juga akan mempergiatkan kerjasama secara kolektif, merentasi pelbagai agensi dan bidang bagi menterjemahkan nilai-nilai Islam dalam dasar merangkumi dasar pembangunan ekonomi, pembasmian kemiskinan, pemuliharaan alam sekitar, pendidikan, pengukuhan sosial dan sebagainya.

Mohd Na’im berkata pelaksanaan dasar-dasar seumpamanya akan menyumbang kepada kesan positif dari sudut fizikal dan rohani seterusnya memberi impak kepada kehidupan rakyat dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa dan masa depan.

Beliau berkata fungsi Jakim pada masa ini adalah menerajui pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan serta menjadi urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Katanya, ini termasuk pelaksanaan tiga fungsi utama iaitu Penggubalan dan Penyeragaman Undang-Undang Syarak; Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam dan Penyelarasan Pentadbiran Islam.

Bagaimanapun, pelaksanaan fungsi-fungsi itu melibatkan pelbagai agensi secara terbatas yang berkaitan dengan fungsi berkenaan dan khusus terkait hal ehwal Islam sahaja. — BERNAMA

Sumber: Bernama 

Author